Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat lelaki yang hilang ditemui selepas beliau terjatuh ke dalam perairan berhampiran Jeti Punggol Point

Aug 19, 2019 | 08:57 AM



MAYAT seorang lelaki ditemui petang semalam (18 Ogos), sehari selepas beliau dilaporkan hilang berhampiran Jeti Punggol Point.



Mayat lelaki berusia 56 tahun itu dijumpai oleh Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sekitar jam 2.30 petang. 



Lelaki itu disahkan mati di tempat kejadian.



Menurut beberapa orang saksi, lelaki tersebut sedang memancing berhampiran jeti itu apabila beliau terjatuh dan hanyut dibawa arus.



Usaha mencari oleh polis dan SCDF bermula sekitar jam 7 malam pada Sabtu (17 Ogos) dan berterusan sepanjang malam.



Beberapa orang penyelam turut menyertai pencarian pada pagi Ahad, menurut akhbar berbahasa Cina, Shin Min Daily News.



Encik Francis Ng, Ketua Eksekutif restoran House of Seafood, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa lelaki itu terjatuh kira-kira 500 meter dari Jeti Punggol Point, di sepanjang Punggol Promenade Nature Walk dan di hadapan restorannya.



"Beberapa kakitangan saya melihat salah seorang yang memancing di kawasan itu jatuh ... dan dia hanyut dibawa arus," kata Encik Ng, sambil menambah bahawa arus laut agak kuat apabila kejadian itu berlaku.



Kawasan tersebut merupakan tempat memancing yang popular, katanya.



Encik Ng berkata anggota keluarga lelaki itu dilihat menunggu di sekitar Jeti Punggol semalam semasa pencarian sedang dijalankan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >