Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Setempat

Mayat reput dijumpai di ‘flat sampah’ Bedok North

Sep 30, 2019 | 03:56 PM

MAYAT seorang lelaki tua dijumpai di tingkat 10, Blok 519, Bedok North Avenue 1 setelah jiran menelefon polis akibat bau reput dari unit jiran pada Sabtu lalu (28 September).

Namun, sampah yang bertimbun terpaksa dibuang dahulu sebelum polis boleh mengambil mayat yang reput itu.

Paramedik mengesahkan kematiannya setibanya di lokasi.

Menurut Lianhe Wanbao, timbunan sampah telah capai siling dan mengeluarkan bau yang amat busuk sekali.

Setelah memaksa pintu untuk dibuka, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis harus menunggu pekerja pembersih membuang sampah sebelum mereka boleh mengambil mayat itu.

Penghuni lelaki berusia 68 tahun itu dipercayai meninggal dunia di dalam dapurnya.

Pekerja pembersihan mengambil masa dua jam untuk membuang lebih daripada 10 bekas sampah, dari kotak plastik, beg plastik, kadbod dan peralatan rumah yang sudah pecah.

Jiran berkata bahawa laporan polis dilakukan pada malam itu setelah dirinya dan jirannya terbau bauan busuk dari unit itu.

Dilaporkan bahawa mendiang menghidapi kencing manis dan darah tinggi.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian