Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat salah dibakar selepas tertukar

Jan 04, 2020 | 02:43 PM



Hasrat sebuah keluarga untuk memberikan penghormatan terakhir kepada seorang anggota mereka tidak kesampaian selepas mayat anggota itu tertukar dengan mayat lain dan dibakar.



Lebih menyedihkan, keluarga mendiang Encik Kee Kin Tiong, 82 tahun, diberitahu kakitangan syarikat pengurusan mayat Harmony Funeral Care mayat Encik Kee dibakar mengikut tradisi dan amalan Kristian sedangkan Encik Kee beragama Tao



Ini difahamkan kali pertama mayat salah dibakar oleh sebuah syarikat pengurusan mayat di Singapura.



Menurut akhbar The Straits Times, anggota keluarga Encik Kee berkata berasa amat sedih atas kekeliruan itu pada 30 Disember lalu.



“Kami kesal orang yang kami cintai meninggalkan dunia sendirian akibat kejadian ini, tanpa seorang pun anggota keluarganya hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya,” kata anak menantu mendiang yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ho.



Dalam pada itu, Harmony Funeral Care telah memaklumkan kepada keluarganya bahawa mereka telah menggantung khidmat seorang kakitangan lelaki yang bertanggungjawab bagi kekeliruan tersebut.



Keluarga Encik Kee juga telah membuat laporan polis dan sedang menanti hasil siasatan oleh polis dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Mereka juga sudah mendapatkan nasihat guaman.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >