Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat wanita M'sia ditemui di Sungei Api Api tiga hari selepas hilang; tiada perbuatan khianat disyaki polis

Jan 20, 2022 | 08:47 PM



MAYAT seorang wanita warga Malaysia berusia 22 tahun ditemui terapung di Sungei Api Api di Pasir Ris pada malam Selasa (18 Januari) lalu, tiga hari selepas beliau hilang.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan bantuan di Sungei Api Api kira-kira 7.30 malam.



Tubuh manusia dilihat terapung di sungai sebaik ketibaan pegawai SCDF. Mayat itu kemudian berjaya dikeluarkan dan dikenal pasti, lapor The Straits Times .



Mayat itu disahkan sebagai mendiang Cik Khoo Yee Joo yang berasal dari Kedah di Malaysia, lapor akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao. 



Ibu saudara Cik Khoo, Cik Huang Yanying, 46 tahun, beritahu Zaobao bahawa mendiang kali terakhir dilihat di perhentian bas bertentangan Chai Chee Industrial Park untuk ke tempat kerja sekitar 6 petang, Ahad lalu.



Dua rakan sekerjanya turut berada di perhentian bas itu. Mereka melihat mendiang berjalan ke arah bas apabila ia tiba, tetapi tidak pasti sekiranya mendiang menaiki bas itu kerana mereka menaiki bas lain.



Apabila Cik Huang pulang ke rumah sekitar 10 malam dan menyedari bahawa Cik Khoo masih belum pulang, beliau meminta bantuan jirannya. Beliau juga telah ke Chai Chee Road, di tempat kerja Cik Khoo, untuk mencarinya.



Cik Huang melaporkan Cik Khoo hilang di balai polis sekitar 2 pagi, 17 Januari lalu. Cik Khoo berpindah ke Singapura selepas tamat pengajian di universiti dan mendapat pekerjaan sebagai penolong guru Cina di pusat tuisyen pada akhir September, lapor Zaobao.



Mendiang dikatakan tinggal bersama Cik Huang, yang bekerja di dalam bidang katering, di Toa Payoh. Menurut laman LinkedIn Cik Khoo, mendiang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Perdagangan dari Universiti Tunku Abdul Rahman di Malaysia.



Ibu Cik Khoo, Cik Huang Yanjie, 50 tahun, memberitahu Zaobao pada Rabu bahawa beliau menerima berita itu Selasa lalu dan sedang bersedih.



Suri rumah itu berkata bahawa semua barang peribadi Cik Khoo hilang, dan pihak berkuasa mengesahkan identitinya melalui cap jarinya.



Kakak Cik Khoo menulis dalam catatan Instagram bahawa adiknya yang berusia 22 tahun itu telah menghantar “tanda-tanda kecemasan” dan “memilih untuk menamatkan kesakitannya dengan caranya sendiri”.



Mengingat kembali panggilan terakhir dengan Cik Khoo, beliau menambah bahawa adiknya berkata mungkin suatu hari nanti beliau akan pergi.



Cik Khoo Zhi Shuang, 23 tahun, yang bekerja di dalam bidang logistik, memberitahu The Straits Times bahawa adiknya adalah seorang yang baik dan mesra sejak kecil, sentiasa “memberi yang terbaik kepada orang lain”.



“Sudah ditakdirkan kami dipertemukan untuk 20 tahun. “Dia akan sentiasa hidup dalam ingatan kami,” katanya yang enggan mengulas dengan lebih lanjut.



Upacara pengebumiannya dan pembakaran mayar di Krematorium Mandai dijadualkan pada pagi Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >