Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat warga Singapura yang lemas semasa berkayak di Perak ditemui

Oct 31, 2016 | 09:21 AM



TAPAH (Perak): Mayat seorang warga Singapura yang lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Sungai Tesong di Perak telah dijumpai.



Encik Koh Kah Wei, 30 tahun, sedang berkayak dengan sekumpulan rakan dari Singapura di Sungai Tesong di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, pada Sabtu (29 Okt) apabila kayak beliau terkena sekeping kayu hanyut dan terbalik, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat.



Menurut jabatan itu, mayat Encik Koh ditemui pada 3.15 petang, dengan baju beliau terperangkap antara batu-batu, satu kilometer dari tapak beliau lemas. Ia telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.



Pencarian sepanjang sungai itu pada Ahad (30 Okt) dihalang oleh cuaca buruk. Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada kira-kira 4.50 petang Sabtu lalu.



Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi Bidor di Perak, Encik Nadzir Razak, berkata kawan Encik Koh cuba membantu beliau tetapi beliau dihanyutkan oleh arus deras.



"Beliau hilang kawalan kayak dan melanggar kayu hanyut. Kayak itu terbalik dan mangsa dipercayai terperangkap antara kepingan kayu," kata Encik Nadzir.



Menurut beliau, pasukan 30 penyelamat menjalankan carian permukaan di tiga tapak.



"Sungai itu panjang dan carian sukar. Kami bermula di tapak tempat mangsa terjatuh dan berpindah hiliran," katanya.



Jurucakap Kementerian Ehwal Luar Singapura berkata: "Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur berhubungan dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kejadian itu, dan menghulurkan bantuan konsular kepada keluarga sarga Singapura itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >