KORONAVIRUS
MC lima hari bagi pesakit alami simptom penyakit pernafasan
MOH: 9 kes baru Covid-19 semalam; tiada rancangan pertingkat paras risiko kepada merah
Feb 15, 2020 | 05:30 AM
DOKTOR di Singapura dinasihatkan supaya memberi sijil perubatan (MC) selama lima hari kepada pesakit yang mengalami simptom penyakit pernafasan dalam usaha menangani penularan koronavirus Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Ini sedang pemerintah mengorak langkah mengaktifkan semula sekitar 900 Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) - yang digunakan untuk menangani jerebu dan wabak influenza A (H1N1) pada 2009.