Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sekilas

Mar 14, 2021 | 05:30 AM

Tiru lagu 'Count on Me, Singapore' satu pujian, kata MCCY

KEMENTERIAN Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata versi remix lagu ‘Count on Me Singapore’ adalah salinan lagu Singapura, tetapi "peniruan kadang kala adalah bentuk pujian yang terbaik".

Dalam kiriman Facebook yang dibetulkan pada Jumaat (12 Mac), MCCY berkata: "Ini antara lagu kebangsaan kita yang paling disayangi dan dikenali, kita gembira ia kelihatan turut disukai orang-orang di India. Ia nampaknya dimuat naik oleh guru-guru di India, memaparkan beberapa pelajar yang nampaknya sedang menikmati lagu tersebut.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada warga Singapura yang tampil untuk meluahkan rasa bangga terhadap lagu kebangsaan kita. Ini mungkin salinan lagu kita, tetapi kadang kala, tiruan adalah bentuk pujian terbaik!"

Pos itu dibuat setelah satu versi lagu tersebut yang diberi nama 'Count on Me India' dimuat naik di YouTube dan mendapat perhatian beberapa hari lalu.

Versi tersebut menukar perkataan 'Singapore' dengan 'India' atau 'Mother India', dengan lirik lain ditiru secara bulat-bulat.

Video tersebut kini sudah dihapuskan tetapi banyak versi lagu yang ditiru itu masih boleh didapati di YouTube.

'Count on Me Singapore' yang merupakan antara lagu yang sering dimainkan ketika Hari Kebangsaan Singapura, kali pertama dinyanyikan penyanyi setempat Clement Chow dan ditulis oleh Hugh Harrison pada 1986.

Encik Harrison juga telah menulis lagu 'Stand Up for Singapore' dan 'We are Singapore'.


Nahas di PIE: Penunggang motosikal maut

SEORANG penunggang motosikal berusia 57 tahun meninggal dunia menyusuli satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pagi semalam yang melibatkan kenderaannya dan sebuah bas mini.

Jurucakap polis memberitahu pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan itu sekitar 6.45 pagi. Ia berlaku di PIE menghala ke arah Tuas sebelum laluan keluar Ekspreswe Bukit Timah. Paramedik mengesahkan kematian lelaki itu di tempat kejadian.

Polis menambah pemandu bas mini berusia 38 tahun itu ditangkap kerana kecuaian memandu menyebabkan kematian.


Pameran 'Heroes Of Our Time' di Ion Orchard

LEBIH daripada 100 karya seni dipamerkan di Ion Art Gallery di pusat beli-belah Ion Orchard bagi memberi penghargaan kepada pekerja barisan depan dalam menghadapi Covid-19.

Pameran 'Heroes Of Our Time', anjuran bersama Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional dan Persatuan Seni Singapura (SAS) dibuka oleh Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Janil Puthucheary, semalam.

Ia menampilkan hasil karya kanak-kanak, belia dan pekerja asing.

Pameran percuma itu, dibuka kepada orang awam dan akan berlangsung sehingga Rabu depan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3