Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MCCY tolak dakwaan penggubah tentang hak cipta 'Count on Me, Singapore'

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



SALAH sebuah lagu Hari Kebangsaan Singapura yang paling ikonik dan menarik, Count on Me, Singapore, kini terlibat dalam pergelutan hak cipta.



Penggubah lagu dari India, Joseph Mendoza, dituduh meniru lagu 1986, namun beliau mendakwa menulis versi, We Can Achieve, pada 1983, lapor The Straits Times.



Beliau turut mendakwa hanya tahu mengenai lagu Count on Me, Singapore beberapa hari lalu.



Kedua-dua lagu tersebut hampir sama, kecuali beberapa perubahan dibuat pada liriknya seperti menukar perkataan 'Singapore' dengan 'India' atau 'Mother India'.



Video yang tampak seperti pelajar India menyanyikan lagi versi India telah muncul dalam media sosial baru-baru ini.



Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu catatan di Facebook semalam berkata:



"Memandangkan kedua-dua lagu dan liriknya hampir sama, dan kami memegang hak cipta lagu Count on Me, Singapore, kami hairan dengan dakwaan tersebut.



"Oleh itu, kami telah menghubungi Encik Mendoza untuk mengundangnya supaya membuktikan tuntutannya. Kami masih menantikan jawapan daripada beliau."



Dalam satu kenyataan kepada media Selasa lalu, Encik Mendoza mendakwa 250 anak yatim telah membuat persembahan lagu itu pada 1983. Ia menyusuli lahirnya lagu ciptaan beliau itu di rumah anak-anak yatim Bal Bhavan di Mumbai, tempat beliau mengajar muzik.



Dalam masa yang sama, beliau mendakwa pita asli karya ciptaan itu hanyut ekoran air bah yang melanda Mumbai pada 2005.



"Satu-satunya bukti yang boleh saya kemukakan adalah 250 anak yatim yang pertama kali mempelajari lagu itu pada 1983 dan semua anak yatim di Bal Bhavan pada tahun-tahun berikutnya," ujar Encik Mendoza, 58 tahun, yang mendakwa lulusan Institut Pemuzik di Hollywood, California.



Walaupun beliau akur terdapat persamaan antara kedua-dua lagu itu, beliau menegaskan bahawa tidak mungkin beliau mengetahui tentang Count on Me, Singapore memandangkan tiada kemudahan Internet pada waktu itu.



Encik Mendoza mendakwa beliau telah menjual hak cipta lagu itu kepada kedai buku dan rekod Kristian iaitu Pauline India dan merakamnya pada 1999.



Dalam catatan di Facebook, MCCY berkata sejak itu, Pauline India secara terbuka mengakui lagu We Can Achieve, "kelihatannya ditiru daripada Count on Me, Singapore".



MCCY menambah: "Pauline India turut menjelaskan mereka tidak tahu-menahu Count on Me, Singapore merupakan lagu kebangsaan Singapura sejak 1986. Mereka telah memohon maaf dan mengeluarkan lagu itu daripada wadah mereka."



Pihak kementerian menerima permohonan maaf itu dan percaya tiada niat buruk sama ada di pihak Pauline India mahupun sekolah.



"Sementara Count on Me, Singapore merupakan salah sebuah lagu kebangsaan yang paling dicintai, kami juga gembira tampaknya ia turut dihargai di India dengan video menunjukkan guru dan pelajar sebuah sekolah membuat persembahan lagu tersebut, dan melahirkan rasa cinta mereka terhadap negara sendiri," kata MCCY.



Count on Me, Singapore adalah ciptaan Encik Hugh Harrison pada 1986, disusun oleh Encik Jeremy Monteiro dan dinyanyikan oleh Encik Clement Chow.



Encik Harrison yang berasal dari Canada membidas dakwaan Encik Mendoza kelmarin di komen YouTube lagu itu.



"Hakikat beliau mendakwa pada 2021 bahawa dirinya merupakan pencipta asal lagu itu, ia menggambarkan saya meniru lagu daripadanya, dan ia adalah serangan langsung terhadap integriti dan profesionalisme saya dan beliau boleh didakwa atas fitnah dan/atau mencemarkan nama.



"Buat masa ini, saya telah menulis kepadanya dan memberi beliau peluang untuk membatalkan dakwaannya dan saya sedang menunggu jawapannya," ujar Encik Harrison.




"Hakikat beliau mendakwa pada 2021 bahawa dirinya merupakan pencipta asal lagu itu, ia menggambarkan saya meniru lagu daripadanya, dan ia adalah serangan langsung terhadap integriti dan profesionalisme saya dan beliau boleh didakwa atas fitnah dan/atau mencemarkan nama.



Buat masa ini, saya telah menulis kepadanya dan memberi beliau peluang untuk membatalkan dakwaannya dan saya sedang menunggu jawapannya."
- Encik Hugh Harrison, pencipta lagu 'Count on Me, Singapore' pada 1986.



"Memandangkan kedua-dua lagu dan liriknya hampir sama, dan kami memegang hak cipta lagu Count on Me, Singapore, kami hairan dengan dakwaan tersebut.



Oleh itu, kami telah menghubungi Encik Mendoza untuk mengundangnya supaya membuktikan tuntutannya. Kami masih menantikan jawapan daripada beliau."
- Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) di Facebook semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >