Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

McDonald siasat dakwaan ada ulat dalam bungkusan Filet-O-Fish

Jul 25, 2016 | 11:24 AM



McDonald Singapore telah melancarkan satu siasatan selepas seorang pelanggan mendakwa menemui "ulat" di dalam bungkusan makanan beliau di cawangan West Coast Park itu.



Dalam satu pos pada Sabtu (23 Julai), pengguna Facebook Angela Qiqi berkongsi video dan gambar apa yang kelihatan seperti ulat putih dalam bungkusan sandwich Filet-O-Fish yang beliau pesan.



Ulat itu kelihatan masih hidup dan bergerak.



Selepas melaporkan kejadian tersebut kepada kakitangan McDonald, Cik Qiqi mendakwa mereka "tidak meminta maaf pun", mengambil kembali makanan tersebut dan menawarkan memulangkan wang beliau untuk menyelesaikan perkara itu.



McDonald berkata pada Isnin (25 Julai) ia sedang menyiasat perkara itu.



Pengarah operasi McDonald, Cik Patricia Yong, berkata: "Pertama, izinkan saya menekankan bahawa mutu makanan dan keselamatan adalah keutamaan kami. Kami mengambil semua maklum balas pelanggan dengan amat serius dan telah berhubung dengan pelanggan berkenaan."



"Kami sedang menyiasat perkara ini dengan teliti dan sedang melakukan semua yang kami boleh bagi menetapkan fakta perkara ini."



Pada Oktober tahun lepas, seorang pelanggan menemui ulat dalam makanan Big Breakfast yang beliau dipesan melalui perkhidmatan McDelivery.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mendapati tiada masalah kebersihan di cawangan McDonald yang menghantar makanan itu. NEA berkata ia akan bekerjasama dengan McDonald untuk mengkaji semula program keselamatan makanan mereka.



Hajil ujian makmal McDonald kemudian menunjukkan terdapat ulat dalam makanan itu, dan ia berusia sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >