Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

McDonald’s sumbang makanan berbuka puasa kepada keluarga memerlukan

Apr 20, 2022 | 05:15 PM



SYARIKAT makanan dan minuman (F&B) McDonald’s baru-baru ini menghantar makanan syarikatnya kepada keluarga Islam yang kurang bernasib baik sebagai makanan berbuka puasa mereka.

Seramai 20 penunggang McDelivery telah menyampaikan lebih 80 set McDonald’s Chicken McCrispy dan minuman kepada 20 keluarga Islam berpendapatan rendah, membolehkan mereka sekeluarga berbuka puasa secara bersama.





“Sebagai restoran halal yang paling mudah dikunjungi di merata pulau itu, McDonald’s sentiasa menjadi sebahagian besar kehidupan masyarakat Islam di Singapura.

“Ramadan ini, sempena semangat memberi, kami gembira dapat bekerjasama dengan 4PM (Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu) dan mendekati keluarga Islam yang memerlukan dengan makanan kami,” kata Encik Faz Hussen, Penasihat Am & Pengarah Undang-undang, McDonald’s Singapura.

Selain penghantaran makanan kepada keluarga tersebut, McDonald’s juga menyumbang lebih 500 Salmon Hokkaido dalam bentuk baucar makanan kepada penerima bantuan 4PM, ujar satu kenyataan McDonald’s.





Ketua Agensi 4PM, Encik Abu Bakar Sidiq,  berkata langkah McDonald’s itu adalah satu usaha baik sempena mulia  Ramadan.

“Keluarga yang menerima faedah ini pasti berasa berterima kasih atas makanan berbuka puasa mereka.

“McDonald’s sentiasa menjadi sebahagian kehidupan semua orang, bermula dari golongan muda. Ia membawa kebahagiaan kepada semua orang melalui hidangan mereka,” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >