MCI, PDC lancar konsultasi awam dalam talian bagi pertingkat perlindungan data peribadi, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MCI, PDC lancar konsultasi awam dalam talian bagi pertingkat perlindungan data peribadi

May 14, 2020 | 02:00 PM

KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) serta Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) hari ini melancarkan konsultasi awam secara dalam talian berkenaan cadangan pindaan ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan yang berkaitan pindaan kepada Akta Kawalan Spam (SCA). 

Pindaan yang dicadangkan ini bertujuan untuk mengukuhkan kepercayaan masyarakat, meningkatkan daya saing perniagaan, dan memberikan kebertanggungjawaban lebih besar kepada organisasi dan jaminan kepada pengguna, untuk menyokong Ekonomi Digital Singapura.

Ini adalah tinjauan menyeluruh pertama sejak termaktub PDPA pada 2012 demi memastikan ia terus mengikuti kemajuan teknologi, model perniagaan baru dan perkembangan global dalam perundangan perlindungan data. 

Pindaan utama yang dicadangkan termasuk pengenalan syarat pemberitahuan pelanggaran wajib, peningkatan pada kerangka kerja untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi, dan pengukuhan kuasa penguatkuasaan PDPC. 

Mereka juga menyertakan cadangan dari Jawatankuasa Semakan Keselamatan Data Sektor Awam untuk memastikan kebertanggungjawaban pihak ketiga menangani
data peribadi pemerintah dan memperkenalkan kesalahan bagi ketidakcepakan dalam pengurusan data peribadi.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

MCI dan PDPC telah mengadakan tiga perundingan awam mengenai cadangan dasar utama antara 2017 dan 2019, dan telah mempertimbangkan maklum balas yang diterima untuk cadangan tersebut bagi pindaan PDPA dan SCA. 

Konsultasi awam ini meminta maklum balas mengenai draf Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan), yang meliputi pindaan ke atas SCA.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map