MCI sokong usul penyusunan semula SPH , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Setempat0

MCI sokong usul penyusunan semula SPH

May 06, 2021 | 08:46 PM

KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) menyokong usulan Singapore Press Holdings (SPH) Ltd yang akan memindahkan perniagaan media ke entiti bukan keuntungan.

Dalam kenyataannya pada Khamis (6 Mei),  MCI berkata demi kepentingan negara dan rakyat, media setempat perlu terus maju dan menyampaikan kewartawanan yang bermutu.

Menjelaskan lebih lanjut, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, berkata dalam kenyataan itu:

“Matlamat kami adalah untuk membantu media berita tempatan dan wartawan kita menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam era digital sementara mengekalkan piawaian profesional tinggi, yang kita hargai dan jangkakan. Pemerintah juga bersedia menyediakan SPH Media dengan sokongan pendanaan, dengan disiplin fiskal dan kebertanggungjawaban bagi mencapai hasil dalam bidang seperti inovasi digital dan pembangunan keupayaan sebagai sebahagian daripada rancangan kemampanan jangka panjang perniagaan itu.

"Penyusunan semula SPH Media ini dan sokongan masa depan pemerintah, akan membantu memperkukuhkan SPH Media bagi meneruskan peranannya yang penting dalam bidang media Singapura.”

Discover Malay Home Based Businesses

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map