Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MCI tarik balik filem ringkas Hari Raya

May 01, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) telah menarik balik filem ringkas Hari Raya, Messages for Syawal, yang awalnya dimuatnaikkan ke wadah pemerintah gov.sg pada Khamis lalu selepas mengambil kira maklum balas awam dan enggan ia berlarutan menjadi satu kontroversi yang menimbulkan perdebatan dalam talian.



Antara komen yang dicatat warganet yang menyaksikan video tersebut adalah video itu ibarat satu stereotaip atau tanggapan tidak berubah tentang keluarga Melayu yang hidup susah dibelenggu masalah kewangan.



"Mengapa setiap kali ada video tentang Hari Raya, ia selalu mengenai keluarga Melayu yang tidak berjaya? Sangat berbeza daripada video Tahun Baru Cina. Anda boleh sajikan yang lebih baik gov.sg," tambah seorang warganet.



Kata jurucakap MCI dalam e-melnya bagi menjawab soalan Berita Minggu semalam:



"Video ini adalah mengenai kisah perjalanan berdaya bingkas sebuah keluarga dalam menghadapi keadaan yang mencabar serta bagaimana sokongan dan galakan bersama dapat memupuk proses ini.



"Kami memahami bahawa apa yang dapat diperolehi daripada mana-mana kerja kreatif adalah subjektif. Sedang kebanyakan penonton Melayu/Islam termasuk ramai yang menyaksikannya sebelum ia dimuatnaikkan melihat kisah ini sebagai menyejukkan hati; beberapa orang pula melahirkan rasa tidak selesa mengenainya.



"Musim perayaan ini harus, pertama sekali, menjadi acara yang meraikan dan menyatukan kita sebagai sebuah masyarakat.



"Bagi mengelak kontroversi dan perbalahan dalm tempoh sebegini, kami mengambil keputusan menarik balik video ini."



Video sepanjang dua minit 24 saat itu mengetengahkan pelakon veteran Johan Jaafar sebagai seorang ayah yang sentiasa menekankan kepada anaknya 'Ilmu itu pelita' dalam keadaan mereka hidup susah.



Peribahasa 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian' dijadikan sandaran filem ringkas ini yang membentangkan kisah tentang usaha gigih dan semangat menabung seorang bapa demi masa depan anak dan keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >