Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MCI umum idea bagi visi Infokom sehingga 2025

Mar 10, 2014 | 06:25 PM



PEMERINTAH hari ini (10 Mac) mengumumkan idea-idea di bawah Pelan Induk Media Infokomm Singapura, yang bertujuan memandu arah visi sektor media dan infokomm Singapura sehingga 2025 nanti.


Pelan induk tersebut akan melihat bagaimana infokomm dan media boleh mengubah cara orang ramai hidup dan bekerja, mengenali pasti bidang-bidang pembangunan utama dalam sektor infokomm dan media serta membangunkan saranan yang boleh dimulakan Singapura.


Antara idea teras utama di bawah pelan induk tersebut adalah sebuah aneka rangkaian (heterogenous) (HetNet), yang membolehkan pengguna menukar kepada sebuah rangkaian tanpa wayar secara automatik, sama ada 3G atau Wi-Fi, apabila terdapat gangguan atau masalah pada perhubungan rangkaian.


Mengumumkan tentang pelan induk tersebut semasa perbahasan Jawatankuasa Bekalan (COS) hari ini (10 Mac), Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata idea tersebut akan membantu negara ini menampung spektrum 'wireless' yang kurang di tengah-tengah permintaan akses Internet telefon bimbit yang semakin meningkat di sini.


Dengan ini, Singapura mungkin akan menjadi antara negara pertama di dunia, di samping Netherlands, untuk menggunakan HetNet di peringkat serata negara.


Antara idea utama lain dalam pelan induk baru itu termasuk menjadikan penjagaan kesihatan di rumah lebih mudah menerusi penggunaan sensor.


Contohnya, tikar-tikar lantai yang dilengkapi dengan sensor boleh membantu pesakit memantau berat badan mereka dengan kerap.


Kenaikan atau kemerosotan dalam berat badan secara tiba-tiba mungkin menunjukkan pesakit mengalami retensi air daripada kegagalan ginjal ataupun jantung.


Ini mungkin boleh berlaku kerana pesakit tidak mengambil ubat seperti yang telah ditentukan doktor.


Penjaga pesakit kemudian boleh membantu bagi mengelakkan keadaan pesakit daripada terus bertambah teruk dan mengelakkan pesakit daripada dimasukkan ke hospital sekali lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >