'Media Melayu pikul peranan penting dekati masyarakat'
Feb 16, 2020 | 05:30 AM
MEDIA Melayu memainkan peranan penting mendekati masyarakat Melayu/Islam di sini untuk menyampaikan mesej dengan cara yang relevan dan daripada perspektif masyarakat Melayu/Islam itu sendiri.
Ini lebih-lebih lagi dalam sekitaran Singapura yang berbilang kaum, agama dan bahasa, menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran.