Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Media sosial main peranan penting sebar mesej murni Ramadan

Jun 12, 2015 | 04:30 PM

MEDIA sosial akan memainkan peranan lebih besar semasa Ramadan tahun ini demi untuk menjangkau lebih ramai orang, terutamanya golongan muda, kata Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Tahun lalu, MUIS telah mula menggalak umat Islam untuk membaca al-Quraan setiap hari melalui WhatsApp.

Tahun ini pula, MUIS juga akan menganjurkan pertandingan foto di Instagram di mana mereka yang mengambil bahagian bepeluang memenangi $300 setiap minggu.

Untuk mengambil bahagian, orang ramai boleh memuatnaik gambar bertema keluarga, kasih sayang, atau kerohanian ke Instagram dengan hashtag #BlessingsofRamadan.

Ustaz Muhammad Hafiz Abdul Rashid, pengerusi jawatankuasa penganjur program Ramadan tahun ni, berkata: "Golongan belia lebih aktif dalam media sosial dan kita sedang mencuba untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa.

"Kami lihat (wadah baru ini) sebagai peluang untuk mendekati mereka."

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian