Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MediaCorp minta maaf bagi segmen Ok Chope!

Apr 05, 2017 | 03:33 PM



BADAN penyiaran televisyen dan radio, MediaCorp, telah meminta maaf kerana tidak peka dengan menyiarkan segmen komedi TV yang mengandungi kenyataan menyinggung Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Permohonan maaf itu terkandung dalam persembahan komedi mingguan 'Ok Chope!' yang disiarkan secara langsung setiap Rabu di Saluran 5, di mana ia membariskan satu panel pelawak terdiri daripada pelawak termasuk Mike Kasem, Sam See, Najip Ali dan Rishi Budhrani.



Mereka memberi pandangan spontan tentang isu-isu semasa.



Dalam kenyataan yang diposkan di laman MediaCorp hari ini, penyiar itu berkata penonton telah memberi maklum balas dan mereka menyifatkan segmen yang merujuk kepada Datuk Seri Najib yang disiarkan pada 29 Mac lalu bersifat "keterlaluan".



Ketua Pegawai Pelanggan, Cik Debra Soon, berkata dalam kenyataan itu: "Saluran 5 dan pasukan penerbitan Ok Chope! ingin memohon maaf secara ikhlas kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bagi satu segmen dalam episod minggu lalu.



"Episod minggu lalu memuatkan rujukan terhadap Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang dibuat dengan cara tidak wajar dan keterlaluan. Kami dengan itu telah menarik semula episod itu dengan serta-merta daripada diulang-siar. Kami memohon maaf tidak terhingga atas kesilapan ini."



Pelawak Najip, yang tampil dalam persembahan itu, dalam kenyataan yang sama berkata: "Sejak beberapa hari lalu saya telah menilai komen yang saya buat dalam satu segmen persembahan komedi di Saluran 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Saya sedar betapa tidak peka dan cuainya saya.



"Saya dengan ini ingin memohon maaf sepenuhnya kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Saya memohon pengampunannya, begitu juga dengan penonton serta rakan-rakan."



Selepas episod itu dikeudarakan, media Malaysia melaporkan bahawa penonton berasa tersinggung akibat segmen itu.



Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Salleh Said Keruak memberitahu portal berita Free Malaysia Today: "Bagi perkara seperti ini untuk berlaku, ia sesuatu yang amat dikesali. Ia menunjukkan kurangnya kepekaan terhadap perasaan orang lain."



Dihoskan oleh Vernetta Lopez, Ok Chope! mula ditayangkan pada Oktober tahun lalu dan telah membuat lawak tentang pelbagai perkara, dari soal yang menyentuh tentang restoran yang mendapat pengiktirafan bintang Michelin kepada pasukan bola sepak Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >