Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Medik SAF dipuji bantu wanita tua terjatuh di MRT Yishun

Feb 15, 2016 | 04:51 PM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) meraikan dua mediknya kerana menjawab panggilan tugas semasa keluar bersama rakan-rakan mereka baru-baru ini.


Dalam satu pos di halaman Facebook Singapura Army pada Ahad (14 Feb), SAF menyebut kisah sarjan ketiga (3SG) Dinie Afiq dan Zulfadli yang membantu seorang wanita tua berhampiran stesen MRT Yishun pada 6 Feb.


Wanita itu tergelincir dan jatuh tersembam di tangga, mengalami luka di dahi.


"3SG Dinie, 3SG Zulfadli dan rakan-rakan mereka, yang kebetulan lewat tempat itu, segera membuat beliau duduk, menghentikan pendarahan dan membalut dahi beliau," kata pos SAF itu.


Wanita itu kemudian dibawa ke hospital dalam ambulans.


Kejadian tersebut kali pertama dikongsi di The Reservist, laman Facebook bagi askar tetap dan Perkhidmatan Negara (NS), pada 7 Feb.


Selain 3SG Dinie dan 3SG Zulfadli, pos itu menyebut 3SG Hong Rui, 3SG Fahmi dan 3SG Kishan. Kesemua dari Institut Latihan Perubatan SAF.


Orang keenam, 3SG Jerrald, dikatakan daripada Batalion 1, Pengawal Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >