Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Megat Shahdan cicir sekolah, pernah anggotai kumpulan gelap

Sep 27, 2017 | 05:30 AM



WARGA Singapura yang baru-baru ini dipaparkan dalam video propaganda kumpulan pengganas ISIS telah tercicir daripada sekolah pada usia muda dan telah menjadi anggota kumpulan gelap.



Dibesarkan di Singapura, Megat Shahdan Abdul Samad, 39 tahun, juga mempunyai beberapa sabitan kesalahan dadah dan jenayah, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan untuk menjawab pertanyaan media semalam.



Antara 1997 dengan 2009, Megat Shahdan masuk dan keluar penjara dan berada di bawah kesalahan dadah.



"Dia tidak mempunyai pekerjaan yang stabil dan melakukan pelbagai pekerjaan. Dia tidak menunjukkan tanda-tanda jelas cenderung kepada keagamaan. Dia juga tidak menunjukkan kecenderungan radikal," kata MHA.



Video ISIS bertajuk Inside the Caliphate (Di Dalam Khilafah) itu memaparkan Megat Shahdan, yang menggelar dirinya Abu Uqayl, mengajak "mereka yang beriman" menyertai kumpulan itu di Timur Tengah.



MHA berkata Megat Shahdan dipercayai menjadi radikal setelah meninggalkan Singapura dan berpindah ke sebuah negara di Timur Tengah awal 2014.



Dia kemudiannya meninggalkan negara yang tidak dinamakan itu dan masuk ke Syria untuk menyertai ISIS.



Semasa di Timur Tengah, dia mengambil pekerjaan berbeza dalam industri pelancongan dan renovasi serta cuba dan gagal memulakan perniagaannya.



Pada masa yang sama, ahli keluarga yang menziarahinya di sana menyedari bahawa dia menjadi lebih 'warak' dengan melakukan kewajipan agamanya.



Dia dilaporkan menghadiri perhimpunan agama dan kemudian dipercayai menjadi radikal oleh ideologi ganas ISIS.



Dia dipercayai telah menghubungi seorang ahli keluarganya semasa berada di sempadan Turkey-Syria dengan mengatakan sedang dalam perjalanan ke Syria dan meminta doa agar selamat melintasi Syria.



Sejak masuk ke Syria, Megat Shahdan menyertai ISIS di barisan depan, termasuk di kawasan Iraq dan Syria.



"Dia telah meluahkan harapannya agar keluarganya berhijrah ke kawasan pemerintahan khalifah yang diisytiharkan sendiri oleh ISIS kerana pendapatnya adalah berdosa untuk hidup dalam sebuah negara kafir.



"Dia juga mengatakan bahawa dia akan memberi syafaat kepada seramai 70 sanak saudaranya sekiranya dia mati syahid, dan menasihati ahli keluarganya supaya menyokong ISIS," kata MHA.



MHA juga berkata Megat Shahdan ialah warga Singapura ketiga yang diketahui berada di Syria/Iraq.



Dua warga Singapura lain - Haja Fakkurudeen Usman Ali dan Maimunah Abdul Kadir - dipercayai masih berada di Syria dengan keluarga mereka.



"Penglibatan mereka dalam konflik bersenjata di luar negara menjejas keselamatan Singapura.



"Dalam kes Shahdan, ia diburukkan lagi dengan hakikat dia secara aktif menyebarkan ideologi kejam ISIS dan menggalak yang lain supaya terlibat dalam perjuangan menyokong ISIS.



"Pemerintah terus menggesa orang ramai melakukan peranan mereka dalam mengatasi ancaman keganasan dan radikalisasi.



"Pemerintah secara konsisten berpandangan bahawa sesiapa yang menyokong, menggalak, menjalani atau membuat persediaan menjalankan keganasan bersenjata, tidak kira alasan bagi keganasan itu, atau di mana keganasan itu berlaku, menimbulkan ancaman keselamatan kepada Singapura dan warga Singapura," kata MHA.



Awal daripada ini beberapa asatizah dan pemerhati seperti Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali, dan Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Mustafa Izzuddin, mengingatkan masyarakat Islam agar tidak menjadi mangsa kerana 'perjuangan' itu bertentangan dengan ajaran Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >