Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Meghan Markle saman akhbar Britain

Oct 02, 2019 | 12:07 PM



LONDON: Meghan Markle, isteri pewaris takhta diraja Britain, Putera Harry dilaporkan sudah memulakan prosiding perundangan terhadap akhbar Mail on Sunday, susulan penerbitan surat peribadinya, yang disifatkan sebagai menyalahi undang-undang.



Harry dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil sebagai maklum balas terhadap perkara yang disifatkan sebagai tindakan membuli oleh akhbar Britain.



“Walaupun tindakan ini bukan sesuatu yang selamat, tetapi ia sesuatu yang tepat. Kebimbangan saya kini berulang kembali.



“Saya sudah melihat apabila seseorang yang saya sayangi menjadi bahan komoditi, hingga sampai ke satu tahap mereka tidak lagi dilayan atau dilihat sebagai seorang individu.



“Saya sudah kehilangan ibu dan kini menyaksikan isteri saya menjadi mangsa perkara yang sama,” kata Putera Harry dalam satu kenyataan.



Ibunya, mendiang Puteri Diana meninggal dunia dalam kemalangan di Paris pada 1997, selepas dikejar sekumpulan jurugambar.



Sementara itu, firma guaman yang mewakili Markle, Schillings menggambarkan penerbitan surat berkenaan sebagai sebahagian daripada kempen oleh kumpulan media itu menyiarkan berita palsu, dengan tujuan menghina beliau dan suaminya. - Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >