Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Mekanisme baru permudah pindah rizab asing rasmi ke pemerintah

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



SATU mekanisme baru akan dilaksanakan bagi memudahkan pemindahan rizab asing rasmi kepada pemerintah bagi pelaburan jangka panjang oleh dana kekayaan negara, GIC.



Ini selepas Parlimen meluluskan pindaan kepada Akta Penguasa Kewangan Singapura (MAS) semalam bagi membolehkan bank pusat itu untuk memanfaatkan sejenis sekuriti baru yang tidak boleh dipasarkan - Sekuriti Pemerintah Pengurusan Rizab (RMGS) - yang akan memudahkan pemindahan rizab asing rasmi.



Buat masa ini, pemindahan rizab asing rasmi MAS dilakukan dengan pengurangan pada deposit tunai dolar Singapura pemerintah dengan MAS, sebagai pertimbangan.



Tetapi, mekanisme pemindahan itu semakin berdepan dengan hambatan, khususnya kerana pengumpulan rizab asing rasmi MAS telah melebihi pertumbuhan deposit pemerintah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



"Justeru, kami perlukan satu instrumen baru untuk menjalankan pemindahan aset dari MAS ke pemerintah bagi pengurusan pelaburan jangka panjang," kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Beliau menggariskan langkah-langkah yang akan ditambah bagi mengelak sebarang salah tanggapan tentang RMGS, yang akan menggantikan pembiayaan kewangan bagi perbelanjaan pemerintah.



Ini kerana MAS akan diperkasakan untuk memanfaatkan RMGS bagi tujuan utama dalam memudahkan pemindahan rizab asing rasmi kepada pemerintah dan boleh berbuat demikian hanya jika ia tidak menjejas matlamat kestabilan harga jangka sederhana.



Pada masa sama, pindaan memerlukan MAS untuk hanya menggunakan aset asing bagi memanfaatkan RMGS.



Semasa perbahasan mengenai rang itu, beberapa Anggota Parlimen (AP), termasuk Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang), bertanya mengenai pengurusan MAS bagi rizab asing rasmi dan jumlah optimum rizab itu akan ditentukan.



Pada 2019, MAS menilai yang ia harus mengekalkan rizab asing rasmi pada sekitar 65 peratus hingga 75 peratus daripada hasil dalam negeri kasar, pada dasar yang berterusan.



Ini akan melindunginya terhadap sebarang tekanan dalam ekonomi global dan pasaran serta menekankan keyakinan terhadap dasar kewangan Singapura, yang berpusat pada kadar tukaran dan sistem kewangan domestik.



Encik Wong menarik perhatian bahawa MAS merujuk kepada gangguan domestik dan antarabangsa signifikan yang lalu bagi menentukan rizab asing rasmi yang diperlukan bagi menjamin kestabilan dan keyakinan.



Beliau menggariskan bahawa memindahkan lebihan rizab asing rasmi kepada GIC bagi pengurusan jangka panjang bukan satu idea baru.



Sebaliknya ia satu amalan yang sudah lama dilakukan, sekali gus menyangkal hujah AP Tanpa Kawasan Undi, Encik Leong Mun Wai, bahawa mekanisme baru akan bertentangan dengan prinsipnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >