Mekanisme global perlu untuk urus, tadbir biaya kesihatan: SM Tharman, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Mekanisme global perlu untuk urus, tadbir biaya kesihatan: SM Tharman

Sep 03, 2021 | 05:30 AM

UNTUK mengatasi sistem keselamatan kesihatan global yang berpecah-pecah, satu mekanisme global baru diperlukan untuk mengurus dan mentadbir pembiayaan kesihatan.

Bagaimana untuk melakukan demikian tanpa menambah kepada kerumitan dan perpecahan sistem itu adalah cabaran penting yang boleh diatasi, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam kelmarin.

Encik Shanmugaratnam, yang juga pengerusi Kumpulan 30, majlis global yang terdiri daripada pemimpin kewangan dan ekonomi, berucap mengenai topik Menyelesaikan Krisis Kesihatan Global Hari Ini dan Mengelak Pandemik Masa Depan di satu perbincangan maya anjuran Bruegel.

Anggota panel lain termasuk Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati, pengarah Bruegel Guntram Wolff, pengarah Wellcome Trust Jeremy Farrar, dan naib presiden eksekutif Pusat Pembangunan Global dan zamil kanan Amanda Glassman.

Mereka membincangkan, antara isu lain, saranan Panel Bebas Peringkat Tinggi Kumpulan 20 (G-20 HLIP) mengenai Pembiayaan Komuniti Global untuk Kesediaan dan Respons Pandemik, yang dipengerusikan oleh Encik Tharman bersama ketua pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia Ngozi Okonjo-Iweala dan bekas setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat Lawrence Summers.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Panel itu pada Julai lalu mengeluarkan saranannya - termasuk menubuhkan Dana Ancaman Kesihatan Global untuk mengumpul AS$10 bilion ($13.5 bilion) daripada masyarakat antarabangsa serta lembaga G-20 plus bersikap inklusif merangkumi menteri kesihatan dan kewangan - yang kini dipertimbangkan secara aktif sebelum sidang puncak dan mesyuarat menteri G-20 pada Oktober.

Akur dengan kemerosotan dalam kepercayaan global dan peningkat dalam fahaman perlindungan sejak pandemik ini bermula, Encik Tharman berkata dunia tidak mempunyai satu sistem yang boleh membekalkan dengan cukup - pada skala global dan dalam waktu singkat - vaksin, terapeutik atau alat perlindungan yang diperlukan dunia.

"Rantaian bekalan sebegitu perlu diciptakan di tengah pandemik, dan apabila anda bermula di tengah pandemik, ia memakan masa yang lama," katanya.

Beliau menambah ini merupakan cabaran dasar awam yang baru.

"Anda tidak akan dapat mengubah demokrasi negara bangsa sama ada di dunia kaya atau bahagian lain di dunia...Mereka akan memberi perhatian tambahan kepada orang mereka sendiri, di mana-mana sahaja di dunia. Tetapi kita mahu menangani pandemik ini di mana-mana kerana ia kepentingan semua.

"Bagaimana kita mendamaikan dua objektif ini, dan menghindari ketegangan antara kedua-duanya yang membawa kepada apa yang kita lihat dalam satu setengah tahun lalu...adalah dengan membina kapasiti bekalan global sebelum pandemik, bukan di tengahnya."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map