BADAN bantuan kemanusiaan Mercy Relief telah melancarkan satu rancangan pengumpulan dana awam sehingga 30 Ogos bagi membantu mangsa di Palestin.
Ini menyusuli rayuan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Kesihatan Palestin, dan Persatuan Wefaq Palestin (PWA) yang memohon bantuan daripada penderma setempat dan antarabangsa demi menyokong usaha mereka membantu mangsa di Palestin, terutamanya di Gaza.