Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Melayu akan bawa penghormatan dan kecemerlangan kepada institusi Presiden

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Melayu akan bawa penghormatan dan kecemerlangan kepada institusi Presiden

Aug 20, 2017 | 08:02 PM

PRESIDEN Singapura dari kalangan masyarakat Melayu Singapura akan membawa penghormatan dan kecemerlangan kepada institusi Presiden, dan akan disayangi serta dikenang rakyat Singapura, sama seperti Encik Yusof Ishak.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Semasa berucap dalam bahasa Melayu, Encik Lee juga menambah bahawa calon Melayu juga " akan memperkukuhkan keharmonian kaum, rasa bangga dan cinta kita menjadi rakyat Singapura".

"Inilah yang akan membolehkan kita bekerjasama dengan lebih erat lagi bagi menghadapi apa juga cabaran yang melanda.

"Dan inilah juga yang akan membantu kita berkembang maju bersama-sama sebagai satu rakyat, satu Singapura," ujarnya.

Sejauh ini, tiga individu tampil menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang bakal diadakan pada September ini.

Mereka ialah, Encik Farid Khan Kaim Khan, Cik Halimah Yakob dan Encik Salleh Marican.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3