Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Melayu di bazar Chinatown

Feb 18, 2015 | 05:30 AM



DI tengah-tengah kesibukan bazar di Chinatown yang menjual pelbagai keperluan Tahun Baru Cina, satu gerai begitu menonjol kerana penjualnya seorang wanita Melayu.


Cik Fatimah Abu Samah, 49 tahun, menjual keropok ikan, udang dan sotong serta sos pencecah dari Terengganu, di gerai nombor 49 di Temple Street dekat South Bridge Road sehingga hari ini.


Menurut Cik Fatimah, yang telah berniaga di bazar tahunan itu sejak tahun lalu, kebanyakan pelanggannya berbangsa Cina dan ada di antara mereka yang melanggani gerainya tahun lalu kembali lagi tahun ini.


“Menurut mereka, apabila mereka ke bazar Chinatown setiap tahun, mereka melihat benda yang sama. Jadi apabila mereka lihat benda yang lain sedikit, itu yang menarik. Kata mereka, rasa keropok saya berbeza daripada yang biasa dijual di pasar raya. Malah, mereka tanya sama ada saya jual kuih halal lain kerana hendak dihidangkan untuk kawan Melayu yang ke rumah mereka semasa Tahun Baru Cina,” ujar ibu empat anak itu.


Tambahnya, seorang pelanggan Cina baru-baru ini menempah sehingga 20 botol keropok untuk dihantar ke pejabatnya.


Berdasarkan maklum balas pelanggan yang ingin makan keropok sambil berjalan di bazar itu, tahun ini, Cik Fatimah turut menyediakan keropok dalam bungkusan lebih kecil dalam beg yang boleh dibuka dan ditutup semula.


Jika beliau tidak meniaga di bazar Chinatown itu, Cik Fatimah turut menjual keropok di pameran makanan seperti yang diadakan di Singapore Expo atau Pusat Konvensyen Suntec.


Selain itu, beliau yang turut menjual baju Melayu di bazar Hari Raya di Geylang sejak 15 tahun lalu, juga mengambil tempahan keropok daripada pelanggan menerusi telefon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >