Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Melayu / Islam S’pura berdaya bingkas, akan menyesuaikan sambutan Hari Raya demi lindungi orang tersayang, masyarakat lebih besar, kata Masagos

May 17, 2020 | 12:00 AM



Masyarakat Melayu / Islam di Singapura berdaya bingkas dan akan menyesuaikan cara mereka menyambut Hari Raya demi melindungi orang tersayang dan masyarakat lebih besar, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu pos di Facebook pada Sabtu (16 Mei).



Beliau berkata demikian semasa berkongsi mengenai sesi dialog pada hari sama yang diadakan antara ketua masyarakat dan pemimpin Melayu / Islam di Singapura dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.





Menurut Encik Masagos, ‘kata-kata positif’ dan ‘ketabahan para pemimpin kita’ memberikan Encik Lee keyakinan bahawa masyarakat Melayu / Islam mampu mengharungi cabaran Covid-19 bersama. Ketua masyarakat Melayu /Islam juga berkongsi cara mereka membuat penyesuaian dalam menyambut Hari Raya, kata Encik Masagos, menambah.



Encik Masagos berkata beliau yakin masyarakat Melayu /Islam di sini juga akan bertindak serupa. 



“Meskipun berdepan dengan cabaran baru, mereka berdaya bingkas dan akan melakukan penyesuian serupa dalam cara menyambut Hari Raya demi melindungi orang tersayang dan masyarakat lebih besar. Saat seperti ini menyakinkan saya bahawa kita adalah Masyarakat Gemilang,” ujar beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >