Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Melayu kian hayati seni visual, ada beli karya $20,000

Jul 20, 2021 | 05:30 AM



PENGHAYATAN seni visual dalam kalangan anggota masyarakat Melayu, terutama golongan karyawan, kian meningkat berdasarkan bilangan pengumpul seni Melayu yang membelinya di galeri Maya Gallery, satu-satunya galeri seni Melayu di sini.



Pengasas bersama galeri tersebut, Cik Masturah Shaari, berkata pengumpul Melayu sekarang membentuk sekitar 30 peratus pembeli hasil kerja seni di galeri itu, berbanding 10 peratus ketika beliau mula bertapak pada 2012.



Beliau mendapati beberapa pengumpul seni Melayu yang datang ke galerinya adalah profesional yang mahu menyokong pengkarya seni Melayu.



Mereka membeli hasil seni bertemakan abstrak, landskap dan kaligrafi, antara lain.



"Sepanjang beberapa tahun lalu, kami mendapati lebih ramai pengumpul seni Melayu datang ke galeri kami.



"Sejak kami berpindah ke sini, kami melihat ramai juga profesional Melayu.



"Mereka sudah pun mengenali pengkarya Melayu seperti Sarkasi Said dan Iskandar Jalil dan mereka membeli hasil karya seni yang pengkaryanya dikenali," kata Cik Masturah dalam satu wawancara bersama Berita Harian di galerinya di Genting Lane baru-baru ini.



Menurut beliau, pengumpul seni Melayu ini mempunyai kemampuan membeli hasil seni yang dipamerkan di galeri itu dan mendapatkan maklumat mengenai seni itu daripada apa yang mereka baca atau menerusi pameran.



Bahkan, seorang daripada mereka membeli sebuah lukisan berharga $20,000 dari Maya Gallery, katanya.



Namun, Cik Masturah berpendapat meskipun bertambah, masih ada ruang untuk mempertingkat penghayatan terhadap seni visual dalam kalangan masyarakat Melayu di sini.



Ini kerana masih ramai masih kurang mengenali pengkarya seni Melayu tempatan atau persatuan seperti Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad).



Cik Masturah anggota jawatankuasa pengurusan dan jawatankuasa arkib Apad.



Suaminya, Encik Jeffrey Wandly, pelukis dan juga pengasas bersama Maya Gallery, sependapat dengan beliau.



Encik Jeffrey menekankan bahawa seni visual yang dihasilkan pengkarya Melayu Singapura mencerminkan budaya tempatan.



"Seni visual merupakan satu bentuk budaya, sama seperti seni persembahan atau seni penulisan," kata beliau, 57 tahun, yang juga anggota Apad.



Menurutnya, ramai orang masih ragu-ragu tentang seni visual, mungkin kerana faktor agama, yang tidak membenarkan lukisan berbentuk figuratif.



Walaupun mempunyai pandangan sama, naib presiden Apad, Encik Nhawfal Juma'at, bagaimanapun melihat keadaan itu sebagai peluang untuk mempertingkat usaha agar lebih ramai orang Melayu dapat menghayati seni.



Encik Jeffrey pula menambah: "Seni merupakan satu kerja profesional. Ia bukan hobi, bukan main-main. Kita perlu kikis pandangan ini.



"Penghasilan seni adalah melalui proses pemikiran, mempunyai aspek teknikal, bahkan terdapat elemen matematik dalam prosesnya. Ramai tidak tahu tentang perkara ini."




"Sepanjang beberapa tahun lalu, kami mendapati lebih ramai pengumpul seni Melayu datang ke galeri kami. Sejak kami berpindah ke sini, kami melihat ramai juga profesional Melayu. Mereka sudah pun mengenali pengkarya Melayu seperti Sarkasi Said dan Iskandar Jalil, dan mereka membeli hasil karya seni yang pengkaryanya dikenali."
- Cik Masturah Shaari, pengasas bersama Maya Gallery.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >