Melindungi mata pencarian bakat seni setempat
PENINGKATAN dan pelanjutan Pakej Daya Tahan Seni dan Budaya yang diumumkan dalam Belanjawan baru-baru ini akan membantu melindungi mata pencarian dan keupayaan bakat seni setempat dalam tempoh pandemik Covid-19 kini.
Demikian dinyatakan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, semalam ketika berucap di majlis ucapan tahniah anjuran Jamiyah Singapura bagi seniman batik, Encik Sarkasi Said, di atas kejayaannya memenangi Pingat Budaya 2020.
Anugerah Pingat Budaya - anugerah budaya tertinggi bagi seniman setempat - telah disampaikan dalam satu majlis di Istana Disember lalu.
Encik Tong berkata sumbangan Encik Sarkasi, termasuk sebagai guru seni relawan bagi penghuni di rumah kebajikan kendalian Jamiyah, menunjukkan bagaimana seni dapat memberi ketenangan dan inspirasi dalam masa senang dan sukar.
Beliau menekankan bahawa pemerintah komited untuk menyokong sektor seni dalam tempoh mencabar dan sukar kini.
Laporan lain: