Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Personaliti pilihan

Setempat
27
0

Personaliti pilihan

Pelbagai individu dan personaliti mewarnai halaman akhbar ini setiap hari, sepanjang minggu. Setiap personaliti melambangkan kisah berbeza; yang mencerminkan ketabahan, kesungguhan dan kejayaan –semuanya bertujuan menyuntik semangat dan sifat bangga dalam kalangan pembaca. Dalam sajian personaliti yang kami laporkan, BH/BM memilih seorang/sekumpulan yang paling meninggalkan kesan.
Feb 07, 2021 | 05:30 AM

Memang wajar wira menentang pandemik diiktiraf

PEKERJA barisan depan yang berusaha gigih menentang pandemik Covid-19 telah dinamakan Tokoh Singapura The Straits Times tahun ini.

Memang wajar mereka diberi penghargaan memandangkan sumbangan besar dalam mengharungi pandemik kesihatan.

Tahun ini, anugerah itu bukan mengiktiraf seseorang individu tetapi semua pekerja dan relawan yang terlibat dalam peperangan menentang Covid-19.

Mereka termasuk pekerja dalam sektor penjagaan kesihatan, keselamatan dan bidang lain yang telah tampil berbakti di barisan depan sepanjang setahun lalu.

Pekerja barisan depan itu diwakili pengarah eksekutif Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Profesor Leo Yee Sin; pembangun bersama satu-satunya vaksin Sars-CoV-2 Singapura, Lunar-Cov19, Profesor Ooi Eng Eong; jururawat klinisian NCID, Encik Abdul Wahab; pegawai swab Covid-19 di bawah Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Encik Benson Ng; serta pegawai pemerintah Khidmat Perintah Kuarantin Bersepadu Certis, Encik Nigel Quek.

Mereka menerima anugerah tersebut daripada Presiden Halimah Yacob di Istana Selasa lalu. Semasa berucap, Puan Halimah berkata anugerah itu menekankan nilai yang dihargai masyarakat.

"Lapan finalis anugerah itu tahun ini merupakan contoh semangat tidak mementingkan diri sendiri yang kita raikan hari ini," ujarnya.

Syabas!

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3