KHUTBAH JUMAAT
Memastikan kebajikan ahli keluarga tidak terjejas
Khutbah sentuh fatwa terbaru pemilikan rumah yang iktiraf kontrak berdasarkan pemilikan bersama
May 18, 2019 | 05:30 AM
SIKAP rahmah dan ihsan harus dikekalkan dalam urusan dengan orang lain, terutama sekali dalam pengurusan harta dan perancangan pusaka.
Untuk itu, masyarakat Islam bertanggungjawab membuat penilaian yang sewajarnya berdasarkan keadaan masing-masing sebelum membuat pilihan yang dapat memastikan kebajikan ahli keluarga tidak terjejas.