BAHAS BELANJAWAN 2016: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA
Memastikan rumah tangga utuh, kanak-kanak mulai hidup dengan baik
Ucapan Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang menyentuh tajuk 'Singapura, rumah kita untuk keluarga' di Parlimen kelmarin.
Apr 14, 2016 | 05:30 AM
KELUARGA yang kukuh adalah tunggak masyarakat, dan rumah tangga yang utuh adalah asas keluarga yang kukuh. Kanak-kanak adalah masa depan kita. Dengan keluarga yang kukuh dan sokongan baik daripada masyarakat, anak kita boleh mencapai permulaan hidup yang baik.
Di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), aspirasi kami adalah menjadikan Singapura rumah kita untuk keluarga, di mana setiap kanak-kanak mempunyai permulaan yang baik.