Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Membaca@Taman untuk si cilik

Oct 07, 2019 | 05:30 AM



HUJUNG minggu keluarga Encik Helmi Rosman biasanya menghabiskan masa dengan berjalan dan bersantai di tepi pantai dan keluar makan bersama.



Tapi semalam bersama dua anak kembarnya serta isteri, mereka sekeluarga menghabiskan masa sekitar tiga jam membaca di Taman Di Persisiran.



Encik Helmi dan keluarga merupakan antara 1,500 orang yang hadir di acara Membaca@Taman yang berlangsung di kawasan Bayfront di taman tersebut.



"Memang biasanya kalau ke taman kami hanya berjalan untuk menikmati pemandangan indah di sini.



"Tapi dengan adanya kegiatan ini, kami ambil keputusan untuk bawa anak-anak ke mari agar dapat menanam terus minat membaca dalam diri mereka," kata kakitangan awam berusia 31 tahun itui.



Selain sesi membaca yang berlangsung seawal 8 pagi, orang ramai juga berpeluang mencuba pelbagai kegiatan lain yang disediakan di sekitar 20 gerai yang didirikan sempena acara tersebut.



Acara tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Raikan Ilmu Yayasan Mendaki dan diadakan sepanjang Oktober ini sehingga awal bulan depan.



Bagi Cik Siti Zubaidah Mohd Ibrahim, 34 tahun, yang datang bersama suami dan ibunya, acara sedemikian merupakan pendedahan baik kepada kededua anak lelakinya - bahawa pembelajaran juga boleh seronok diadakan di luar darjah.



Jururawat pendaftar kanan itu turut menghabiskan masa selama tiga jam membaca bersama di taman terbuka itu.



"Kebetulan kami suami isteri tidak bekerja hari ini, maka kami ambil peluang dedahkan mereka bahawa membaca juga amat menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama secara berkumpulan," tambah Cik Siti Zubaidah yang dua anak lelakinya berusia empat dan enam tahun.



Semasa ditemui media, tetamu terhormat, Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, berkata acara tersebut membuktikan bahawa pembelajaran juga boleh diadakan di luar kelas.



"Kami juga ingin memupuk pembelajaran di luar kelas selain melibatkan lebih ramai ibu bapa memainkan peranan dalam pembelajaran anak-anak mereka.



"Kami juga mahu berganding bahu bersama agar terus beri tumpuan kepada pencapaian anak-anak kita dalam bidang pendidikan," ujarnya.



Bulan Raikan Ilmu kali ini dijayakan dengan kerjasama lebih 50 rakan kerja, dengan pelbagai kegiatan dan acara diadakan di serata Singapura.



Kempen ini mula dilancarkan pada 2016 sebagai usaha menggalak budaya pembelajaran dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam dan lebih berteraskan mesej yang disampaikan berbanding kegiatan dan acara.



Semasa ditemui, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Taman Di Persisiran, Encik Felix Loh, menyambut baik kegiatan tersebut memandangkan bilangan mereka yang datang bersama untuk menjayakannya cukup memberangsangkan.



"Malah kami juga baru sahaja berbincang untuk memikirkan bagaimana kami dapat menjayakan bersama kegiatan yang bermanfaat ini," tambahnya.



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >