Membangunkan keupayaan firma
Pemerintah peruntuk $8.3b galak perusahaan, ekonomi berkembang
Feb 19, 2020 | 05:30 AM
PEMERINTAH akan memperuntuk $8.3 bilion bagi tempoh tiga tahun mendatang untuk menggalak perusahaan dan ekonomi berubah dan berkembang.
Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, semalam mengumumkan dana ini akan digunakan dalam langkah sokongan di bawah tiga tunggak utama - membolehkan kerjasama lebih kukuh, mempertingkat keupayaan perusahaan, dan memajukan.