Membentuk semula Woodlands
10,000 unit rumah baru di Woodlands Central dan Woodlands North Coast akan dibangunkan
Apr 17, 2017 | 05:30 AM
SEBANYAK hampir 10,000 unit kediaman baru dirancang dibina di Woodlands sebagai sebahagian program Membentuk Semula Kawasan Perumahan (ROH) demi menyuntik kesegaran ke seluruh kawasan perumahan di utara itu.
Di bawah projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu, tempat kediaman baru itu bakal ditempatkan di kawasan Woodlands Central dan Woodlands North Coast dan ini diumumkan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di majlis pelancaran pameran ROH Woodlands semalam.