Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Membesar di kampung sebelah padang golf, kini kendali kedai golf

Sep 08, 2019 | 05:30 AM



MEMBESAR di kampung berhampiran padang golf, beliau terpaksa memendam keinginan untuk turut serta dalam sukan tersebut dan hanya dapat melihat pemain golf lalu lalang hari demi hari.



Keadaan keluarganya yang susah menghalang Encik Johanis Abu Shahamad daripada memiliki kayu golf yang pada 38 tahun lalu, mahal sekali.



Mujur pada usia 12 tahun, setelah mencari rezeki sebagai 'caddy' golf, Encik Johanis dihampiri seorang anggota kelab golf yang menghadiahkannya kayu golf secara percuma.



"Apabila saya dapat kayu golf tu, macam dapat emas. Saya sangat gembira.



"Bila saya diizinkan untuk bermain di padang golf, saya tidak berlengah lagi dan terus ke padang golf dengan tidak memakai kasut dan dengan hanya memakai seluar pendek pada waktu itu.



"Apalagi, saya letak bola dan hayunkan kayu golf saya... hentam saja la!



"Kali pertama itulah yang membuat saya jatuh cinta dengan permainan golf," ujar beliau yang lebih dikenali sebagai Johanis Joe.



Perbuatan murah hati anggota golf itulah yang membuka jalan kepada Encik Johanis untuk terus berkecimpung dalam sukan golf.



Kini pada usia 50 tahun, pemain golf profesional itu mengendalikan kedai golf beliau sendiri, lantas membuatkan beliau satu-satunya orang Melayu di sini yang memiliki perniagaan golf.



"Saya suka cabaran, dan nak lihat sejauh mana saya boleh pergi dengan perniagaan ini.



"Alhamdulillah, perniagaan masih berjalan dan memberi saya semangat untuk terus maju," kongsinya yang mula membuka kedai Joe's Golf Networkz empat tahun lalu.



Kedai yang disewa Encik Johanis itu terletak di sebuah blok HDB di Clementi, di tengah deretan kedai yang menghadap tempat meletak kereta.



"Kedai ini mudah diakses, jadi pelanggan daripada pelbagai latar belakang dapat masuk... pemandu teksi, pemandu lori dan lain-lain.



"Bukan sahaja tempat ini dekat dengan rumah orang kaya-kaya, tetapi juga mudah dikunjungi yang lain," kata duda dua anak itu.



Bahkan, Encik Johanis berkongsi bahawa berdasarkan pemerhatiannya sepanjang hampir empat dekad dalam arena sukan golf, demografi mereka yang bermain sukan ini sudah berubah.



"Dulu hanya kumpulan tertentu sahaja yang main sukan ini.



"Sekarang, sukan ini terbuka kepada semua... pemandu teksi, pemandu Grab, pemandu bas, bahkan ustaz pun main golf sekarang!



"Ia sudah menjadi sukan orang ramai kerana ia lebih dimampui sekarang dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini," terangnya yang berpendidikan menengah satu.



Selain menguruskan kedainya, Encik Johanis juga merupakan jurulatih golf dan menganjurkan acara golf. Beliau juga mempunyai kumpulan pemain golf yang menurutnya akan bersamanya ke seberang Tambak dalam seminggu sekali untuk bermain golf bersama.



Mengimbas kembali perjalanan beliau dalam arena golf - dari sekadar 'angkat beg' pemain golf, hingga menjadi marshal, pemain golf profesional dan juga jurulatih - sukan ini istimewa buat Encik Johanis.



Antara kenangannya adalah sukan ini memberinya peluang 'menggesel bahu' dengan orang ternama serta pemimpin politik.



Tatkala ditemui Berita Minggu (BM) baru-baru ini, jelas terpancar di raut wajahnya minat mendalam terhadap sukan ini.



"Golf perlukan banyak fokus... permainannya memerlukan bukan sahaja kekuatan fizikal, bahkan juga mental.



"Permainannya tidak konsisten. Hari ini kita main dengan baik, esok pula hasilnya mungkin lain.



"Justeru, setiap kali anda main sukan ini, anda ingin perbaiki diri anda sebab itulah saya tersangkut kerana saya tidak henti belajar," ujarnya penuh semangat.



Sepertimana golf telah meninggalkan kesan dalam dirinya, Encik Johanis berharap semakin ramai anak Melayu akan mencuba sukan ini.



"Golf bukan sekadar golf sahaja. Makna sebenar di sebalik perkataan G.O.L.F adalah Go On Learning Forever (Terus Belajar Selama-lamanya).



"Anda tidak akan pernah berhenti belajar sehingga anda betul-betul berhenti bermain sukan ini," tambahnya mengakhiri temu janji bersama BM.




"Apabila saya dapat kayu golf tu, macam dapat emas. Saya sangat gembira.

Bila saya diizinkan untuk bermain di padang golf, saya tidak berlengah lagi dan terus ke padang golf dengan tidak memakai kasut dan dengan hanya memakai seluar pendek pada waktu itu.

Apalagi, saya letak bola dan hayunkan kayu golf saya... hentam saja la!"

- Encik Johanis Abu Shahamad menceritakan pengalaman semasa kali pertama dapat kayu golf.




BIODATA



NAMA: Johanis Abu Shahamad atau Johanis Joe



UMUR: 50 tahun



PENGLIBATAN DALAM SUKAN GOLF:



- 'Caddy'



- Marshal



- Pemain golf profesional



- Jurulatih



- Penganjur acara golf



- Pemilik kedai golf, Joe's Golf Networkz



ALAMAT KEDAI:



- Blk 109, Clementi St 11, #01-43, (Sunset Way)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >