Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Membiasakan kebaikan

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



SETIAP minggu pasti kita akan mendengar pesan khatib Jumaat akan kepentingan taqwa yang antara lain bermaksud, melaksanakan perintah dan arahan Allah swt serta meninggalkan larangan dan tegahan-Nya.



Kita juga faham bahawa setiap yang Allah swt perintahkan pasti ada kebaikannya sedang perkara yang Allah tegah pasti ada keburukannya.



Begitulah perkongsian dari Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohammad Taufiq Mohamed Ismail.



Naluri manusia, katanya, sering menginginkan yang senang sedang sesuatu yang baik itu tidak selalunya datang dengan mudah.



Dengan bertepatan masuknya kita ke tahun baru ini, marilah kita melihat beberapa panduan Islami semoga dapat membiasakan diri kita melakukan kebaikan.



Pertama, mari kita mulakan dengan meyakini bahawa dalam setiap perbuatan baik itu pasti ada ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt.



Sejajar dengan firman Allah dalam surah An-Nisaa ayat 40 yang bermaksud:



"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya seseorang sekalipun seberat debu. Dan kalaulah amal yang seberat zarrah itu amal kebajikan, nescaya Dia akan menggandakannya dan akan memberi dari sisi-Nya ganjaran yang amat besar".



Kita juga perlu yakin yang ganjaran ini boleh datang dalam bentuk fizikal untuk kita rasai di dunia ini, namun sering kali juga kita hanya akan dapat menikmati ganjaran itu pada kehidupan akhirat kelak.



Sekiranya dari awal kita sudah menolak untuk melakukan sesuatu kebaikan seperti merasakan tiada gunanya melakukan kebaikan ini atau tidak yakin akan ada kesan pada kebaikan itu, pasti usaha melakukan kebaikan akan menjadi sukar buat kita.



Namun, kita juga perlu berhati-hati dalam mengenal pasti sama ada sesuatu ganjaran itu bertepatan dengan Al-Quran dan sunnah atau tidak. Rujuklah kepada mereka yang arif, (mereka yang bijak pandai), agar amalan yang kita lakukan itu diterima Allah swt.



Kedua, janganlah kita meremehkan perbuatan baik walau sekecil mana sekalipun kebaikan tersebut, samada yang kita lakukan sendiri atau yang dilakukan orang lain.



Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:



"Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun walau hanya berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan tersebut adalah sebahagian dari kebaikan." (HR. Abi Daud dan Tirmizi).



Nabi saw juga pernah mengingatkan kita satu kaedah penting untuk terus berbuat baik pada orang lain dalam hadisnya yang bermaksud:



"Siapa yang menolong saudaranya dalam keperluan mereka, maka Allah pun akan menolongnya dalam keperluannya" (HR. Bukhari dan Muslim).



Yang utama dalam suatu kebaikan itu adalah ianya berterusan, sejajar dengan pesanan Baginda saw yang bermaksud: "Amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang berterusan walau jumlahnya sedikit" (HR. Bukhari).



Ketiga, sebagai insan yang lemah, kita mungkin akan terasa berat melakukan sesuatu kebaikan.



Mungkin kerana kita rasa malu melakukan sesuatu yang jarang dilakukan orang, atau kita rasa takut perbuatan kita menjadi buah mulut orang, atau juga kita terasa ego untuk melakukan sesuatu kebaikan hanya kerana kita rasa kita tidak akan menerima apa-apa imbal balas dari kebaikan itu.



Maka itu, kita perlu sering paksa diri kita untuk biasa melakukan kebaikan.



Ingatlah, tiada siapa yang mampu memujuk diri ini untuk melakukan suatu kebaikan melainkan diri kita sendiri.



Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11:



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."



Imam Ibnul Qayyim pernah berkata "Jika kita paksa diri kita melakukan satu sahaja kebaikan, maka Allah akan mudahkan untuk kebaikan-kebaikan lainnya".



Imam Ibnul Qayyim juga berpesan:



"Berhati-hatilah ketika melakukan keburukan, kerana biasanya akan melakukan keburukan setelahnya".



Ustaz Mohammad Taufiq juga menyatakan: "Kita semua perlu manfaatkan peluang dan kesempatan yang tersebar di sekeliling kita untuk melakukan kebaikan.



"Antara lain, marilah kita lakukan kebaikan dengan menghulurkan sumbangan kepada Dana peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu dalam usaha memberikan ruang yang lebih selesa dan selamat buat semua yang berkunjung.''



Semoga kebaikan yang kita lakukan ini dinilai Allah sebagai amal jariah yang berkekalan hendaknya.



Pihak Masjid Alkaff Kampung Melayu juga berharap masyarakat setempat dapat terus menyokong dan mengimarahkan masjid ini dan membantu mencukupkan dana peningkatan.




ANTARA SEBAB PERLU PENINGKATAN



MASJID Alkaff Kampung Melayu memang mengalu-alukan sumbangan ramai terhadap dana peningkatannya.



Antara sebab peningkatannya ialah seperti berikut:



- Demografi penduduk Muslim di sekitar Bedok/Bedok Reservoir yang semakin menua. Lantas, ia memerlukan kemudahan-kemudahan yang mesra warga emas serta mempunyai ciri-ciri bebas halangan. Ini termasuk lif, laluan tanjakan dan lain-lain lagi.



- Meningkatkan kemudahan-kemudahan dan prasarana yang sesuai serta sejajar dengan keperluan terkini bagi pembelajaran Islam dan pembangunan sosial. Ini juga harus meraikan keperluan-keperluan norma baru pasca-Covid-19.



- Bagi memenuhi keperluan disebabkan pembangunan yang bakal berlaku di sekitar Masjid Alkaff Kampung Melayu, seperti kemudahan bersepadu hospital besar serta hospital masyarakat yang bakal dibina berdekatan masjid ini menjelang tahun 2030 nanti.



Ini bakal meningkatkan kunjungan masyarakat di sekitar kawasan masjid di masa hadapan.




CARA MENYUMBANG



- Pemindahan bank - OCBC : 581-608668-001



Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Add reference no." atau "Bill Reference No." dan e-mel screenshot transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg



- CEK kepada LPM ALKAFF KG MELAYU



Sila nyatakan "Dana Peningkatan", nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek tersebut dan kirimkan kepada,



Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.



- Paynow UEN: S94MQ0017D atau Imbas Kod QR di bawah



Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Bill Reference No."



- Langsung ke pejabat Masjid dari hari Sabtu hingga Khamis, dari 2 hingga 6 petang.



Sila hubungi kami di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.



Setulus jariah, mengharap barakah di halaman Jannah. Lestarikan legasi anda dengan mencukupkan Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >