Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Membuli salah dan tidak boleh dibiarkan: Ong Ye Kung

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Membuli salah dan tidak boleh dibiarkan: Ong Ye Kung

Mar 11, 2020 | 11:26 AM

MEMBULI adalah salah dan tidak boleh dibiarkan berterusan terutama di sekolah, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung dalam satu kiriman di Facebook malam tadi (10 Mac).

Beliau berkata demikian menyusuli laporan membuli di Sekolah Mee Toh melibatkan sekumpulan pelajar darjah 5 mengusik seorang murid.

"Sekumpulan pelajar mengusik seorang rakan kelas Melayu, dan menulis nota-nota jahat. Ini adalah membuli, adalah salah dan tidak boleh dibiarkan berterusan di mana-mana, terutama di sekolah," kata Encik Ong.

Kes itu mendapat perhatian setelah pengguna Twitter @4YSLZ pada 6 Mac menulis kiriman bahawa rakan kelas adiknya telah mencampak nota mengandungi kata-kata seperti "bodoh" dan "kamu kelihatan hodoh".

Menurutnya, hanya ada "segelintir Melayu" di sekolah itu dan dua adiknya yang menuntut di sana telah menjadi sasaran kata-kata berbaur perkauman.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3