MEMERANG betina di Marina Bay yang kelihatan tercedera akibat tertusuk mata kail didapati berjaya menanggalkan sendiri mata kail pada tubuhnya itu awal bulan ini, beberapa hari selepas insiden itu dilaporkan The Straits Times.
Seorang pembaca akhbar itu, Encik Patrick Ng, menghantar gambar memerang betina tersebut tanpa mata kail tetapi dengan parut di sebahagian tubuhnya.