Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memo pemulihan Covid-19 daripada GP tidak perlu untuk kembali ke tempat bertugas atau sekolah: Pemerintah

Feb 05, 2022 | 10:03 PM



PEKERJA dan pelajar yang sudah pulih daripada Covid-19 tidak memerlukan surat atau memo bagi mengesahkan pemulihan mereka sebelum kembali ke tempat bertugas atau sekolah.



Doktor umum (GP) telah melaporkan kenaikan pada jumlah pesakit tanpa tanda jangkitan atau tanda jangkitan ringan yang mengunjungi klinik mereka untuk mendapatkan memo sedemikian.



Ini tidak perlu dengan kunjungan sedemikian mungkin boleh menyebabkan risiko buat orang lain, kata Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu (5 Februari).



Kunjungan sedemikian "berisiko menimbulkan curiga pada mutu jagaan buat pesakit lain yang benar-benar memerlukan perhatian perubatan", tambah empat pihak berkuasa itu.



"(Pesakit yang sudah pulih) tidak memerlukan surat atau memo daripada doktor untuk mengesahkan mereka sudah pulih daripada Covid-19 untuk kembali bekerja atau ke sekolah termasuk prasekolah dan institusi pengajian tinggi."



Protokol kesihatan yang ada kini memerintah agar mereka yang diuji positif Covid-19 menerusi ujian pantas antigen (ART) perlu mengasingkan diri buat sekurang-kurangnya 72 jam dan boleh keluar daripada pengasingan untuk menyambung kegiatan seperti biasa jika mereka sihat dan diuji negatif menerusi ART yang ditadbir sendiri.



Kenyataan itu menasihati majikan dan pekerja agar menyesuaikan diri mereka dengan protokol kesihatan.



"Majikan tidak harus meminta memo pemulihan apabila pekerja kembali bertugas," kata kenyataan itu.



"Begitu juga pelajar dan kakitangan yang terkena jangkitan Covid-19 atau yang diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau amaran risiko kesihatan tidak perlu mendapatkan memo pemulihan daripada doktor sebelum kembali ke sekolah," tambah kenyataan itu lagi.



Pekerja yang diuji positif Covid-19 harus terus dengan segera memberitahu majikan mereka dan tidak harus ke tempat bertugas untuk mengelak virus ini daripada merebak.



Namun, bagi mereka yang sihat, mereka harus dibenarkan bekerja dari rumah jika mereka boleh berbuat demikian.



Jika mereka tidak dapat bekerja dari rumah, majikan lantaran itu harus mengambil tempoh ketidakhadiran itu sebagai cuti sakit bergaji tanpa memerlukan sijil perubatan (MC).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >