Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Memoir Yatiman perangsang generasi akan datang: Presiden Halimah

Dec 15, 2021 | 05:30 AM

MESKIPUN negara ini kecil, Singapura bertuah melahirkan ramai tokoh dan pemimpin berwibawa yang gigih mencorak penakatan negara dan kemandirian anak bangsa. Antara mereka adalah mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Encik Yatiman Yusof.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian sempena pelancaran buku memoir Encik Yatiman, 'Perjalananku - Dari Desa ke Likuan Kota' di Taman Warisan Melayu semalam.

Presiden Halimah berkata kesungguhan para pemimpin seperti Encik Yatiman telah menyumbang kepada pembentukan jati diri negara kita hari ini, iaitu "sebagai rakyat Singapura yang bersatu-padu, sedia bergotong royong dan saling hormat menghormati walaupun berlainan bangsa dan agama; berpandangan jauh dan berkeyakinan serta punya cinta mendalam terhadap watannya".

Oleh yang demikian, Presiden Halimah menekankan generasi akan datang mempelajari contoh pengalaman Encik Yatiman menerusi memoir itu.

"Pengalaman yang dilalui Encik Yatiman mungkin berbeza dengan kehidupan generasi millenia hari ini.

"Namun tekad, kesungguhan dan kecekalan yang ditonjolkan Encik Yatiman dalam memoirnya ini perlu dijadikan pencetus rangsangan agar generasi mendatang - walaupun berbeza keadaan hidup - tidak mudah putus asa tetapi teruja dan sedia mengharungi cabaran dan liku-liku yang dihadapi mereka," kata Presiden Halimah dalam ucapannya.

Bagi Encik Yatiman, beliau berharap buku ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda bahawa mereka boleh mencapai apa sahaja di negara ini sekiranya gigih mengejarnya.

"Kita tidak hadir hari ini dalam keadaan yang serba baik tanpa kepayahan, kesusahan dan kemiskinan kita hadapi sebelum ini.

"Meskipun anda datang dari pelbagai latar belakang, dasar meritokrasi yang ada memberi peluang bagi anda untuk membina satu generasi yang lebih baik dari sebelumnya," ujar beliau yang mengambil masa empat tahun untuk menulis buku sekitar 400 muka surat itu.

Encik Yatiman juga menambah bahawa buku itu akan mempunyai banyak kisah sejarah Singapura pada tahun 50-an dan 60-an yang boleh dibuat sebagai sumber pengetahuan.

"Saya membesar di Orchard Road dan tidak ramai orang Melayu membesar di kawasan itu. Lantas, pengalaman yang saya lalui agak berbeza dengan mereka yang tinggal di Paya Lebar atau Geylang Serai.

"Namun, kita juga melalui cabaran dan banyak pengalaman yang kita dapat kongsi bersama," katanya.

Buku itu telah disokong dan ditaja oleh Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50), Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), Lembaga Warisan Negara (NHB), Lee Foundation, Singapore Press Holdings Foundation dan Taman Warisan Melayu.

Buku tersebut boleh ditempah menerusi laman https://www.asas50.org/contact. Harga senaskhah buku itu ialah $30.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3