Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PSLE

Memori arwah ibu jadi rangsangan untuk berjaya

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



KETIKA keadaan ibunya menjadi tenat di hospis awal tahun ini, Muhammad Haziq Alias terpaksa berjauhan dan menanggung rindu oleh sebab dia tidak dibenarkan melawat ibunya kerana belum lagi diberi suntikan vaksin Covid-19.



Tetapi setelah akhirnya mendapat suntikan Covid-19, pertemuan Haziq dan ibunya yang saling berdakapan hanyalah buat tempoh singkat sahaja kerana ibunya meninggal dunia tiga minggu kemudian akibat barah.



Pemergian arwah ibunya mengganggu emosinya yang sukar menerima hakikat bahawa ibunya tiada lagi di sampingnya.



Pelajaran murid Sekolah Rendah Frontier itu terjejas, dan dia sukar menumpukan perhatian malah kadangkala ditemui sedang menangis dalam kelas.



Atas saranan sekolah, Haziq, 12 tahun, berpindah dari Tahap Standard ke Tahap Asas bagi semua subjeknya.



Namun berkat usaha gigih murid itu dan sokongan daripada bapa, abang, guru dan rakan, Haziq berjaya lulus dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini dengan keputusan yang memenuhi jangkaannya.



Dia bakal mengikuti aliran Normal (Teknikal) selepas PSLE.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Haziq berkata: "Saya amat gembira sebaik sahaja saya menerima keputusan saya. Ketika menunggu keputusan sebelum ini, setiap hari saya berfikiran saya mungkin perlu menduduki semula PSLE."



Berkongsi pengalamannya mengatasi cabaran yang menimpa, Haziq berkata dia sukar mengikuti pelajaran sekolah kerana asyik teringat akan arwah ibunya.



Namun mereka di sekelilingnya memberi nasihat agar sebaliknya menjadikan memori tentang ibunya sebagai sumber motivasi setiap kali dia berdepan dengan kesukaran.



"Sebelum ibu meninggal dunia, beliau memesan agar beri tumpuan kepada pelajaran, jangan mengelamun atau tidur dalam kelas," kata anak bongsu dua beradik itu.



Ibunya juga mengingatkannya agar usah putus asa, satu pesanan yang dijadikan Haziq sebagai moto kehidupan.



Atas ketabahan dan keazamannya dalam mengharungi cabaran, Haziq diiktiraf dengan Anugerah Daya Tahan Sekolah Rendah Frontier.



Dia, yang tidak sangka mendapat anugerah itu, berharap dia dapat menjadi inspirasi dan memberi galakan kepada pelajar lain.



Haziq berharap dapat melanjutkan pendidikan di Sekolah Menengah Bukit View, dan menyertai kegiatan kokurikulum (CCA) Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC) kerana cita-citanya adalah untuk menjadi seorang askar kelak.



Memberi nasihat kepada murid lain, Haziq berkata: "Jangan putus asa...sekiranya anda mengalami kesukaran atau rasa sedih, anda boleh mendekati ibu bapa atau guru anda untuk sokongan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >