Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Memori orang ramai fokus pameran ulang tahun ke-80 Kejatuhan S'pura

Pelawat, terutama generasi muda, diajak bincang sejarah perang SG termasuk bakti penduduk tempatan dalam pertahanannya
Jan 29, 2022 | 09:36 AM



DALAM pameran baru Muzium Negara Singapura (NMS) sempena 80 tahun Kejatuhan Singapura, terdapat beberapa pingat milik anggota tentera relawan yang dikerah membantu British melawan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.



Pingat-pingat itu setakat menunjukkan nama pemiliknya, seperti Sarjan Beppo Wahid, Mohamed Amir dan Sahat Bin Tahir, tanpa butiran tentang mereka. Apa terjadi kepada mereka semasa dan selepas perang tidak dicatat.



Menurut seorang penolong kurator NMS, Cik Syafiqah Jaaffar, antara tujuan mempamerkan artifak sebegitu ialah agar ahli keluarga atau kenalan pemiliknya tampil dan berkongsi sejarah mereka kepada muzium itu.



Itu juga sebahagian matlamat pameran Dislocations: Memory and Meaning of the Fall of Singapore, 1942 (Tergendala: Memori dan Makna Kejatuhan Singapura, 1942), yang berlangsung dari hari ini hingga 29 Mei.



Pameran yang menyentuh tentang memori orang ramai terhadap Perang Dunia Kedua itu tidak terhad kepada sumber rasmi dan sejarah ketenteraan.



Cik Syafiqah berkata, ketika ditemui Berita Harian baru-baru ini, ia bertujuan mendalami sejarah perang melebihi naratif biasa, iaitu dari sudut memori pelbagai pihak selain yang mengalaminya secara langsung.



"Bagi saya, kami ingin memberi lebih tumpuan tentang bagaimana perang itu dialami dan diingati penduduk tempatan, mangsa perang, serta kejadian sebelum dan sesudah perang itu dan bagaimana ia membawa kesan kepada kita hingga sekarang.



"Ia bukan setakat sejarah ketenteraan," katanya.



Sebagai contoh, beliau menjelaskan bahawa pada awal pameran itu, terdapat sebuah rakaman video evakuasi penduduk warga British menggunakan kapal sebelum Singapura diserang tentera Jepun.



Bertentangan daripada pemandangan dalam video itu, terdapat tembok dengan gambar-gambar yang menunjukkan penduduk tempatan daripada pelbagai latar belakang dan bangsa dikerah dalam usaha pertahanan Singapura, daripada sebagai askar kepada jururawat dan anggota bomba.



"Sebelum ini, evakuasi seperti itu, walaupun tercatat dalam sejarah, bukanlah sesuatu yang ditengahkan sebagai perbincangan utama.



"Namun melalui susunan seperti ini, ia membuat kita berfikir dengan lebih mendalam tentangnya. Bagaimana pula sejarah mereka yang tidak dibenarkan melarikan diri dari pulau ini apabila perang akan berlaku? Takkan kita lupakan mereka begitu sahaja?" kata Cik Syafiqah.



Seorang zamil kurator NMS, Encik Iskander Mydin, menambah beliau berharap pameran itu menjadi ruang yang membolehkan lebih banyak perbincangan antara pelbagai generasi.



Sepanjang enam bulan pameran itu disiapkan, NMS antara lain mengharungi pelbagai cabaran, seperti kos logistik melonjak bagi beberapa artifak.



Antaranya ialah sebuah artifak yang jarang ditemui, iaitu ikatan lengan pasukan Dalforce, sebuah pasukan relawan Cina yang dikerah membantu British melawan Jepun.



"Saya berharap ia akan mendorong generasi muda mula berbincang dengan ibu bapa atau datuk nenek mereka yang masih hidup tentang perkara itu. Apa yang terjadi? Jadi, ia berperanan sebagai titik permulaan perbincangan ini," kata Encik Iskander.



Pameran itu, yang berkonsepkan serpihan daripada perang, melambangkan betapa memori terhadap perang itu belum lengkap dan bergantung pada orang ramai untuk mencantumkannya sebagai sejarah tersendiri.



Dibahagikan kepada tujuh zon, ia bermula dengan kejadian sebelum perang, semasa Jepun menyerang Singapura, waktu Singapura menyerah kalah dan kesan selepas kekalahan. Ia berakhir di sebuah ruang yang mengajak pengunjung mencatat memori sejarah perang masing-masing pada ulang tahun ke-100-nya pada 2042.



Encik Iskander berkata tidak seperti pameran lalu yang membentangkan jalan cerita sehala, bagi pameran ini pengunjung lebih bebas meraih pengetahuan tentang perang itu.



Dengan kaedah Realiti Tambahan (AR), permainan video, serta kemudahan interaktif, pengunjung dapat menyelidik memori perang yang berlaku di sini daripada pelbagai sudut.



"Dengan ini, kami berharap orang ramai dapat memikirkan dan mencatat memori masa depan bagi Singapura tentang perang dan penyerahan Singapura kepada Jepun.



"Kita bukan perlu lihat ke belakang sahaja, sebalik menyumbang dalam perbincangan terhadap sejarah ini bagi masa depan kita," kata Encik Iskander.







Pameran 'Dislocations: Memory and Meaning of the Fall of Singapore, 1942'



- Tempat: Galeri Pameran, Besmen, Muzium Negara Singapura

- Tarikh: 29 Jan hingga 29 Mei

- Masa: 10 pagi hingga 7 malam

- Bayaran: Percuma bagi warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >