Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memorial Pengasas: Pemerintah mahu panel dapatkan pandangan warga mengenai dua tapak

Mar 17, 2016 | 12:43 PM



PEMERINTAH mahu jawatankuasa bertanggungjawab membentuk konsep sebuah memorial bagi memperingati pengasas Singapura berunding dengan orang ramai dan mendapatkan pandangan rakyat Singapura mengenai dua tapak yang diusul, sebelum membuat keputusan muktamad.



Ia berkata demikian dalam satu kenyataan pada Khamis (17 Mac), sebagai respons kepada laporan awal Jawatankuasa Memorial Pengasas seramai 15 anggota yang diserahkan kepada pemerintah kira-kira dua minggu lalu.



Jawatankuasa yang dibentuk Jun tahun lalu itu, dan tugasnya termasuk satu siri dialog awam dan kaji selidik, mengusulkan dua tapak bagi memorial tersebut: Taman Fort Canning dan Taman Bay East di Gardens by the Bay.



Daripada dua tapak itu, yang dikenal pasti setelah rundingan dengan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), jawatankuasa itu "jelas lebih memilih" Gardens by the Bay, yang terletak di atas tanah tebus guna dan bersebelahan Padang Golf Marina Bay.



Dalam kenyataannya, Pemerintah mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa itu kerana usahanya berunding dengan warga Singapura, dan mengalu-alukan dapatan serta saranannya.



Ia mengambil perhatian bahawa jawatankuasa tersebut menimbangkan dua lokasi dan saranannya bahawa Taman Bay East menyediakan latar lebih baik bagi mengenang kembali bagaimana nilai dan prinsip mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew dan pasukannya membentuk kisah Singapura dan menjadi inspirasi bagi generasi masa depan negara ini membina pencapaian mereka



"Memandangkan Memorial Pengasas akan menjadi mercu tanda penting yang akan meninggalkan kesan jangka panjang, pemerintah ingin Jawatankuasa ini berunding dengan orang ramai dan membolehkan rakyat Singapura berkongsi pandangan mereka mengenai dua tapak pilihan itu sebelum membuat keputusan muktamad," kata kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia itu.



"Rakyat Singapura boleh mengharapkan lebih banyak peluang terlibat sepanjang keseluruhan proses itu - daripada reka bentuk hingga pembinaan Memorial tersebut."



Pemerintah juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam pelbagai sesi pertemuan jawatankuasa itu dan menyediakan maklum balas, dan berharap orang ramai akan terus menyokong kerja jawatankuasa tersebut dengan berkongsi pandangan mereka melalui laman web foundersmemorial.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >