Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

Lidah Pengarang

Memperkasa semangat Singapura menerjah cabaran

RABU, 19 FEBRUARI 2020
Feb 19, 2020 | 05:30 AM

LANGKAH Singapura dalam dekad baru dirintangi dengan pelbagai cabaran. Paling ketara ialah penularan wabak koronavirus, atau Covid-19, yang telah menampakkan kesan ke atas ekonomi, terutama dalam sektor pelancongan, khidmat penerbangan dan runcit. Ini di samping pelbagai cabaran dan ketidaktentuan lain termasuk ketegangan geo-politik, anjakan ekonomi, penduduk yang semakin tua, gangguan teknologi dan sokongan yang merosot ke arah globalisasi. Impak awalnya sudah mula kelihatan dengan ramalan pertumbuhan ekonomi kini diturunkan kepada antara -0.5 peratus dengan 1.5 peratus, berbanding ramalan asal sebanyak 0.5 peratus hingga 2.5 peratus. Ia merupakan pertumbuhan ekonomi pada kadar paling rendah sejak krisis kewangan 2008. Impak sebenar masih belum jelas dan boleh menjadi lebih teruk.

Dalam suasana demikian, rakyat Singapura perlu diyakinkan bahawa Singapura bersedia dan boleh mengatasi cabaran ini. Ini dapat dilihat dalam Pembentangan Belanjawan 2020 oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Parlimen semalam - strategi membina semangat Singapura bagi menerjah cabaran ini, bahawa negara ini mempunyai perancangan membina landasan masa depan dengan penuh yakin. Secara umum, belanjawan itu memperlihatkan keprihatinan utama melindungi rakyat - bahawa kita boleh mengorak langkah selanjut sebagai satu Singapura. Sebagaimana yang dibentangkan oleh Encik Heng, Belanjawan 2020 akan membolehkan Singapura merebut peluang dengan mengatur sumber kewangan dalam beberapa bidang: memantapkan dan menyokong usaha niaga dan pekerja; mengubah dan menumbuhkan ekonomi dan usrus niaga; menjaga dan memelihara rakyat Singapura pada semua peringkat usia; serta membina dan menjamin masa depan bersama.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >