SETIAP bulan, Encik Saffuan Mohd Salleh, 52 tahun, akan membelanjakan sekurang-kurangnya $200 di Sheng Siong untuk membeli barangan keperluan.
Bulan lepas, perbelanjaannya di rantaian pasar raya ketiga terbesar Singapura ternyata berbaloi setelah memenangi wang sebanyak $30,000 dalam Cabutan Bertuah Hari Raya Perdana Sheng Siong 2016.