Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menang hadiah pertama $30,000 setelah belanja $150 di Sheng Siong

Jul 09, 2022 | 05:30 AM



TANPA disangka, perbelanjaan harian terkumpulnya membolehkan beliau meraih $30,000.



Itulah nasib Cik Sumaiya, 69 tahun, yang baru-baru ini memenangi hadiah pertama Cabutan Bertuah Hari Raya Perdana Sheng Siong 2022.



Beliau mencuba nasibnya selepas terserempak sepanduk cabutan bertuah di salah satu cawangan Sheng Siong di pusat beli-belah Junction Nine.



Antara barang yang dibeli termasuk ayam, ikan, tauhu, sayuran, emping jagung, sos dan minuman.



Beliau membuat lima kunjungan untuk mengumpulkan lima tiket cabutan bertuah setelah berbelanja $150.



Harapannya adalah supaya penyertaan tersebut dapat membantu beliau dalam (menampung kos) persaraannya.



Pembantu di pusat jagaan kanak-kanak yang tinggal di Yishun itu berasa teruja dapat memenangi hadiah pertama.



"Ia adalah kejutan besar bagi saya untuk menang. Tapi, ya, saya sangat gembira dan bersyukur dapat memenangi hadiah ini."



"Saya okey kalau saya dapat menang apa-apa hadiah yang ada dalam cabutan bertuah ini," ujar beliau.



Ibu lima orang anak dan nenek dua cucu, Cik Sumaiya berhasrat memberikan sebahagian wang tersebut kepada beberapa badan amal yang dipilihnya dan selebihnya untuk keluarga serta rakan-rakannya bagi satu perayaan mini.



"Kebanyakan daripada jumlah wang yang saya menang ini, saya akan simpan untuk menampung persaraan saya," tambah beliau.



Dalam pada itu, Cik Sumaiya mengakui beliau sering melanggani Sheng Siong atas perkhidmatan beliau dapat apabila membeli-belah di sana.



"Saya dapati kakitangan Sheng Siong membantu setiap kali kami menaungi mereka. Saya berasa gembira dengan perkhidmatan khusus yang diberikan oleh pekerja kepada pelanggan mereka."



Hadiah cabutan bertuah disampaikan kepada pemenang di ibu pejabat Sheng Siong oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee.



Kali terakhir acara cabutan tersebut diadakan pada skala besar adalah pada 2019.



Hadiah kedua bernilai $15,000 sementara hadiah ketiga bernilai $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >