Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menanti 2 Jun sambil terus berhati-hati

Sambutan Raya, pembukaan masjid dialu-alu tapi langkah keselamatan tetap diutama, selepas CB
May 21, 2020 | 05:30 AM



KURANG dua minggu Singapura akan dibuka semula secara bertahap setelah tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir pada 1 Jun.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau yakin ramai tidak sabar meneruskan kehidupan seperti biasa itu.



"Saya pasti semua orang tak sabar kembali kepada kehidupan sediakala - menghantar anak-anak ke sekolah, pembukaan semula perniagaan, makan di luar bersama teman, dan mengunjungi keluarga serta orang tercinta.



"Namun, kita tidak boleh kembali ke keadaan asal.



"Pemutus litar telah terbukti berkesan dan keadaan kita semakin baik, tetapi perjuangan menentang Covid-19 jauh dari selesai," kata Encik Lee dalam catatan di Facebook semalam.



Bagi ramai umat Islam pula, pembukaan semula masjid - walaupun hanya untuk ibadah secara bersendirian - dialu-alukan.



Selain itu, kebenaran menziarahi warga emas bermula 2 Jun nanti juga dinanti-nanti, terutama dalam musim perayaan Aidilfitri ini.



Sedar akan kelegaan yang dirasakan ekoran kelonggaran langkah-langkah ketat pemutus litar yang bermula sejak 7 April lalu itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam catatan di Facebooknya semalam berkata:



"Saya pasti langkah ini dialu-alukan oleh masyarakat Melayu/Islam yang pastinya ingin melawat (ibu bapa dan datuk nenek) sempena Hari Raya di bulan Syawal."



Pun begitu, beliau mengingatkan bahawa kunjungan ke rumah warga emas itu mesti bertepatan dengan panduan yang diumumkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) kelmarin.



"Demi keselamatan warga emas, orang tua kita boleh menerima lawatan ke rumah mereka satu kali sehari sahaja.



"Setiap kunjungan pula tidak boleh melebihi dua ahli keluarga yang serumah.



"Untuk keselamatan umum juga, kita harus patuhi peraturan agar tidak menziarahi adik-beradik dan sanak-saudara yang lain semasa musim Hari Raya ini," kata Encik Masagos.



Menurut beliau lagi, panduan berkenaan pembukaan semula masjid-masjid di sini akan diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kelak.



"Insya-Allah dengan kerjasama semua, kita boleh mulakan fasa kedua dan ketiga secepat mungkin dan bertemu sanak-saudara yang dirindui.



"Begitu juga membolehkan lebih ramai bersolat berjemaah dan menghadiri kelas di masjid," ujar Encik Masagos.



Diminta berkongsi perasaan mereka masjid bakal dibuka semula serta persiapan yang dilakukan di masjid-masjid bagi hal tersebut, beberapa asatizah yang dihubungi akhbar ini tidak mahu memberi komen, dan memilih untuk menantikan rancangan dan butiran lebih lanjut daripada Muis.



Dalam pada itu, pakar jantung dan Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Raffles, Dr Abdul Razakjr Omar, menasihatkan agar orang ramai tetap mengamalkan kebersihan diri setelah pemutus litar berakhir.



"Cuci tangan dengan kerap terutama sebelum menyentuh muka, mata, hidung dan mulut.



"Gunakan pelitup dan jaga jarak selamat. Jika anda tidak sihat, jangan ke kerja atau sekolah, jumpa doktor dengan segera," ujarnya.




APA KATA PM LEE



“Saya pasti semua orang tak sabar kembali kepada kehidupan sediakala - menghantar anak-anak ke sekolah, pembukaan semula perniagaan, makan di luar bersama teman, dan mengunjungi keluarga serta orang tercinta. Namun, kita tidak boleh kembali ke keadaan asal. “Pemutus litar telah terbukti berkesan dan keadaan kita semakin baik, tetapi perjuangan menentang Covid-19 jauh dari selesai.”
– Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu catatan di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >