HANYA satu hari lagi sebelum sekatan pemutus litar dilonggarkan namun beberapa perniagaan masih menghadapi beberapa cabaran memenuhi permintaan tertunggak serta mencari cara yang selamat untuk menyediakan perkhidmatan mereka.
Mulai esok beberapa jenis perniagaan seperti perniagaan makanan dari rumah (HBB), kedai gunting rambut, dobi dan juga kedai makanan yang menjual makanan ringan, kek, manis-manisan dan pencuci mulut akan dibenarkan beroperasi.