Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Mencipta bersama bandar dalam alam semula jadi

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



RAMAI dalam kalangan kita menikmati kehijauan subur yang ada di bandar kita hari ini, dan banyak taman serta kebun dekat tempat tinggal kita.



Malah, saya berani mengatakan bahawa bagi kebanyakan kita, ruang hijau ini menjadi sangat penting semasa pemutus rantaian jangkitan.



Di sinilah kita menikmati udara segar dan beberapa kegiatan fizikal, setelah menghabiskan masa yang panjang di rumah memainkan peranan kita untuk memutuskan rantaian jangkitan.



Ruang-ruang ini wujud disebabkan usaha khusus dan berterusan generasi warga Singapura yang berturut-turut telah membantu menghijaukan bandar kita sepanjang 60 tahun lalu.



Pada 1963, Perdana Menteri Pengasas kita, Encik Lee Kuan Yew, menanam benih perjalanan penghijauan kita, dengan melancarkan kempen Menanam Pokok pertama kita.



Pemimpin pengasas kita mempunyai visi untuk menjadikan Singapura sebagai Bandar Taman, dengan kehijauan subur dan jalan raya bersih yang akan menjadikan Singapura antara tempat paling baik didiami di dunia.



Hari ini, Singapura ialah antara bandar paling hijau di dunia.



Kita kini mempunyai kira-kira tujuh juta pokok di seluruh pulau kita, dan hampir 8,000 hektar ruang hijau, seperti simpanan alam semula jadi, taman dan kebun.



Kita juga telah memperhebatkan usaha kita untuk memelihara biodiversiti asli kita, dengan memulihkan habitat semula jadi, melakukan usaha pemulihan spesies, dan menyertakan reka bentuk biofilik di taman-taman kita.



Kita boleh melakukan lebih banyak lagi; malah, kami mahu mengubah Singapura menjadi Bandar dalam Alam Semula Jadi untuk memberi warga Singapura mutu kehidupan yang lebih baik, sambil wujud bersama dengan flora dan fauna.



Dalam 10 tahun akan datang, kami akan memperuntuk lebih banyak ruang untuk taman semula jadi, mewujudkan lebih banyak kehijauan di taman dan kebun kita, mengembalikan alam semula jadi ke kawasan bandar kita, dan mengukuhkan penyambungan antara ruang hijau kita.



Ini bermakna anda dapat menjangkakan lebih banyak ruang bagi riadah berasaskan alam semula jadi seperti mendaki dan mengkaji burung, landskap yang lebih semula jadi yang menyerupai bentuk dan suasana sungai dan hutan semula jadi, sekitaran bandar yang lebih hijau dan nyaman, serta akses lebih besar ke taman dan kebun.



Ini juga akan membantu kita mengurangkan kesan pembandaran dan menjadikan kita lebih berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim.



Ekosistem kita akan diperkukuh, supaya warga Singapura di masa depan dapat menikmati biodiversiti kaya kita bagi generasi mendatang.



Untuk mencapai ini, kita memerlukan kerjasama dan sokongan semua orang dalam masyarakat.



Dengan bantuan anda, kita akan meneruskan warisan penghijauan kita.



Salah satu kempen bercita-cita tinggi yang telah kami lancarkan adalah gerakan Satu Juta Pokok.



Anda boleh menanam pokok di bawah gerakan ini untuk memberi perlindungan dan kehijauan bagi generasi akan datang kita.



Kami mahu bekerjasama dengan anda untuk menanam tambahan satu juta pokok menjelang 2030.



Sementara itu, bagi mereka yang mahir berkebun, kami menjemput anda untuk mengembangkan Bandar dalam Alam Semula Jadi kita dengan berkebun, sama ada di rumah, di kebun masyarakat kita, atau dengan menyewa tapak berkebun peruntukan peribadi anda di taman.



Antara Oktober tahun ini dengan hujung 2021, kami sedang secara beransur-ansur melancarkan lagi 1,000 tapak berkebun peruntukan di hampir 20 taman dan kebun.



Saya mengalu-alukan anda semua untuk menyertai kami - sama ada bagi menanam tanaman yang boleh dimakan di rumah, di estet perumahan anda, atau di taman, atau menanam pokok.



Bersama, kita akan mengubah Singapura menjadi Bandar dalam Alam Semula Jadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >