Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki agih $45j subsidi pengajian tinggi tahun lalu

Jun 12, 2021 | 09:15 PM



YAYASAN Mendaki mengagihkan Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) bernilai $45 juta kepada pelajar Melayu tahun lalu, jumlah tertinggi sejak skim itu diperkenalkan tiga dekad lalu.


Ini membolehkan Mendaki membantu lebih 10,000 pelajar Melayu yang menjalani pengajian diploma atau ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf pemerintah.


Membentangkan laporan kewangan tahun lalu Mendaki di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan pada Sabtu (12 Jun), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata dalam jangka masa pertengahan dan panjang, beliau melihat trend sihat di mana lebih ramai pelajar Melayu/Islam yang melanjutkan pengajian posmenengah khususnya di peringkat mahasiswa.


“Justeru dalam jangka pertengahan dan panjang, kami ramal dan benar-benar berharap lebih ramai daripada mereka akan layak dan memasuki universiti dan lebih ramai daripada mereka akan diberikan TTFS,” tambahnya sewaktu sidang yang diadakan secara maya.  



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkongsi bahawa Mendaki akan terus mengambil pendekatan holistik dalam membantu lebih ramai pelajar yang tamat pengajian memasuki sektor memuncul (emerging) dan memastikan mereka kekal lama dalam kerjaya itu.



Ini antara tumpuan Mendaki, lebih-lebih kini ada permintaan dalam sektor seperti teknologi, kesihatan dan khidmat kewangan, katanya.



Dalam menggalakkan masyarakat menuju ke arah budaya pembelajaran sepanjang hayat, beliau berkata Mendaki akan memulakan kajian untuk memahami isu pekerjaan dan daya kerja yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam.



"Kami berharap dapat memahami sikap dan cara pemikiran pekerja lebih-lebih lagi terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan kesannya ke atas kerjaya," katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >